Antarabangsa

Lexus LC 500 Versi 2020 Dibuka Untuk Tempahan, Harga Bermula RM1.25 juta

gempak
Erywan
01/06/2020
09:31 MYT
Sponsor Banner
Lexus LC 500 Versi 2020 Dibuka Untuk Tempahan, Harga Bermula RM1.25 juta
Kereta sport mewah, Lexus LC 500 versi 2020 kini dibuka tempahan bermula hari ini untuk pasaran tempatan sebelum ia dilancarkan secara rasmi di Malaysia tidak lama lagi.
Model coupe mewah itu mendahului pengeluar premium lain dari segi menggunakan teknologi terkini yang mana versi 2020 lebih menekankan peningkatan keselesaan, keselamatan dan pengendalian.
Bagi versi 2020, jurutera Lexus mengurangkan berat jentera beberapa komponen termasuk menggunakan rim 21 inci dibelakang dan penggunaan lower arms hadapan tempaan aluminium yang mana mengurangkan berat 10 kilogram.
Ia juga dilengkapi peredam berprestasi baharu di belakang dan padanan sistem kawalan Suspensi Pemboleh Ubah Adaptif yang mana kedua-duanya untuk pemanduan lebih selesa.
Bagi memberi pengendalian lebih tajam dan tepat, kawalan Bantuan Membelok Aktif diubah dengan membabitkan Variable Gear Ratio Steering (VGRS), Dynamic Rear Steering (DRS) dan Electric Power Steering (EPS).
Ruang kokpitnya diinspirasikan dengan kemasan Takumi untuk menyalurkan suasana moden yang menyerlah, selain dilengkapi ciri baharu Power Easy Access di mana kerusi dan stereng akan berubah posisi untuk memudahkan pemandu keluar dari kenderaan. LC 500 baharu ini juga didatangkan dengan sistem audio berukuran 10.3 inci yang boleh disambung menerusi Android Auto dan Apple CarPlay.
Seperti model Lexus lain, LC 500 turut dilengkapi dengan ciri keselamatan Lexus Safety System + (LSS+) membabitkan Sistem Pra-Pelanggaran Hadapan, Lampu Tinggi Tinggi, Sistem Kekal Laluan dan Kawalan Pelayaran Radar Dinamik.
LC 500 baharu itu ditawarkan dengan dua warna baharu iaitu Blazing Carnelian Contrast Layering dan Terrane Khaki Mica Metallic. Harganya, ia dijual pada RM1.25 juta dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live