Lokatech Engineering Sdn Bhd, dengan kerjasama EFKON, penyedia teknologi dari Austria bagi sistem kutipan tol elektronik inframerah di seluruh Malaysia, melancarkan pembaca tol binaan dalam yang pertama untuk segmen selepas jualan.

Dijual pada harga RM499 seunit, peranti pembaca tol terbina dalam LokaTAG menawarkan alternatif kepada penggunaan MaxTAG mudah alih yang dilancarkan dalam bulan Oktober 2018.


LokaTAG direka supaya dapat disepadukan dengan kenderaan yang bersambung terus kepada bateri. Sesuai untuk semua kenderaan, ia menampilkan paparan dengan pencahayaan belakang yang tahan lama yang memaparkan amaran ralat atau kekurangan kredit.

Pengurus Besar Lokatech Engineering Sdn Bhd, Ng Shyh Kang berkata, LokaTAG adalah peranti pembaca tol terbina pertama dalam segmen selepas jualan.

“Kami percaya bahawa ramai pemilik kereta akan menghargai ketenangan fikiran dan perjalanan lancar yang bakal dialami. Untuk peringkat permulaan, kami menyasarkan jualan sebanyak 1,000 unit sebulan,” kata beliau.


Menerusi usahasama dengan Shopee Malaysia (www.shopee.com.my), bagi setiap pembelian LokaTAG dari gedung rasmi dalam talian LokaTAG, pembeli di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor akan dapat menikmati pemasangan percuma di lokasi mereka, di samping Pelan Bayaran Mudah 0% hanya dengan tambahan RM1.

Pelanggan di luar kawasan pula boleh memasang LokaTAG mereka secara percuma dengan pengedar berdaftar yang terpilih.