Kerajaan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengumumkan kerjasama dengan Grab Malaysia. Perkongsian itu akan melihat syarikat tempatan bekerja untuk mendigitalkan ribuan peniaga bazar Ramadan bagi menyediakan perkhidmatan mereka ketika Ramadan dengan selesa dan selamat.

Ketua Grab Malaysia, Sean Goh berkata, setiap tahun, usahawan mikro dan penjual di laman sosial mengharapkan musim ini sebagai tempoh yang paling sibuk dan mengambil bahagian dalam Bazar Ramadan.

Menurutnya, tetapi tanpa kehadiran fizikal, mereka mungkin tidak dapat menghasilkan jualan yang sama seperti sebelumnya.

“Oleh itu, kami mahu menyokong dan menggalak mereka untuk mengguna khidmat pembayaran tanpa tunai serta mengembangkan perniagaan mereka kepada jutaan pengguna Grab.

“Perkhidmatan yang disediakan membabitkan GrabPay, GrabFood dan GrabExpress untuk membantu mereka menguruskan penghantaran barang sama ada kuih-muih sehingga pakaian Hari Raya,” katanya.

Selain menjadikan e-Bazar Ramadan suatu realiti, Grab juga mempunyai dua inisiatif lain untuk membawa semangat Ramadan dengan menyokong perniagaan kecil dan usahawan mikro.

Pertamanya, Grab bekerjasama dengan pelbagai pilihan rakan restoran untuk mengaturkan menu kegemaran Ramadan seperti ayam percik, murtabak dan roti john supaya boleh didapati di GrabFood.

Kedua, Grab juga mengalu-alukan penjual di laman sosial dan usahawan mikro berpangkalan di rumah di seluruh Malaysia untuk menggunakan rangkaian rakan pengantar yang lebih daripada 100,000 di seluruh negara untuk membantu mereka memberi perkhidmatan kepada pelanggan dalam talian mereka secara lebih mudah dan cekap.