Mazda Malaysia melancarkan Mazda CX-30 versi 2020 yang dikemaskini buat pasaran tempatan.

Selain itu, model crossover itu kini ditawarkan juga dengan varian pacuan semua roda (AWD), iaitu 2.0L SkyActiv-G AWD.


Varian baharu itu dilengkapi dengan sistem i-ACTIV AWD untuk memberi sokongan pemanduan bagi semua permukaan jalan termasuk laluan lasak.

Sistem itu juga dilengkapi dengan Bantuan Cengkaman Off-Road. Ia memberi kuasa cengkaman secara maksimum sekiranya mengesan mana-mana tayar menyentuh permukaan jalan.


Selain I-Activ AWD dan sistem Bantuan Cengkaman Off-Road, 2.0L SkyActiv-G AWD mempunyai spesifikasi yang sama dengan varian tertinggi seperti 2.0L SKYACTIV-G.

Bagi 2.0L SKYACTIV-G pula, model itu dipertingkatkan dengan Kemasukan Tanpa Kunci Termaju Mazda dan Walk Away Lock untuk memberi tambahan ciri kemudahan untuk varian berkenaan.


Semua varian Mazda CX-30 adalah model import sepenuhnya dari Jepun, ia ditawarkan dengan 8 pilihan warna.

Harganya pula, ia dijual bermula RM145,759 dan mempunyai lima tahun waranti kilang serta lima tahun penyelenggaran percuma yang mana jarak perjalanan tidak melebihi 100,000 kilometer.


Harga mengikut varian Mazda CX-30