Bermaz bakal mempertontonkan Mazda CX-5 SKYACTIV-G 2.5L Turbocharged varian AWD sempena pameran barisan kenderaan Mazda di pusat membeli-belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya, bermula 4 sehingga 9 September ini.

Pada masa sama, kenderaan utilti sukan (SUV) itu kini dibuka untuk tempahan sebelum majlis pelancarannya yang akan diadakan tidak lama lagi. Bagaimanapun, harga dan spesifikasi lengkap untuk pasaran Malaysia akan diumumkan kelak.



Selain itu, pengunjung pusat membeli-belah itu juga boleh melihat lebih dekat teknologi termaju yang ada pada Mazda CX-5 SKYACTIV-G 2.5L Turbocharged untuk keselesaan, kestabilan pemanduan dan prestasi.

Mazda CX-5 SKYACTIV-G 2.5L Turbocharged dilancar di Jepun pada hujung tahun lalu. Enjin 2.5 liter itu kini ditambah dengan turbocharged yang mampu menghasilkan 230PS pada 4,520rpm dan tork setinggi 420Nm pada 2,000rpm.



Kuasa daripada enjin itu disalurkan ke transmisi enam kelajuan, selain tahap penggunaan bahan apinya mencatatkan 12.6km bagi setiap liter.