ANTARABANGSA
McLaren 620R Cuba Diseludup Ke Filipina, Buat Pengisytiharan Palsu Porsche Cayman
Biro Kastam Filipina mengumumkan rampasan sebuah supercar yang cuba diseludup masuk ke negara itu melalui Pelabuhan Manila pada 3 Ogos lalu.
Kereta yang dimaksudkan ialah seunit McLaren 620R yang dihasilkan pada akhir tahun 2019. Pihak yang menyeludup supercar itu membuat pengisytiharan palsu dengan mengatakan kereta itu ialah Porsche Cayman.

Menurut Biro Kastam Filipina, model 620R itu tiba di Manila pada 16 Julai lalu berharga 33 juta peso (RM2.83 juta) dan disepatutnya dikenakan cukai 16,771,689 peso (RM1.44 juta).

McLaren 620R adalah kereta untuk kegunaan jalan raya biasa yang dipasang enjin 3.8 liter turbo berkembar V8, menjana output 612hp dan tork 620Nm. Ia mula diperkenalkan pada Disember 2019 dengan jumlah pengeluaran terhad iaitu hanya 350 unit.


Must-Watch Video