Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Mengejutkan, ini tahap penggunaan minyak Bugatti Chiron yang anda perlu tahu

Erywan
25/06/2019 06:20 MYT
Ramai yang sudah mengetahui kehebatan Bugatti Chiron selepas dijanakan enjin W16 berkapasiti 8 liter.

Kuasa yang dibekalkan daripada enjin itu disalurkan ke transmisi klac-berkembar tujuh kelajuan dengan menyalurkan 1,500ps dengan tork setinggi 1,600Nm.


Kehebatannya turut terserlah apabila ia mampu memecut sehingga 450 kilometer sejam (km/j).

Bagaimanapun jentera supercar itu hanya dihasilkan sehingga 500 unit sahaja yang difahamkan dijual pada harga Euro2.4 juta (RM11.38 juta).


Namun ramai yang tidak mengetahui tahap penggunaan bahan api bagi jentera itu dan fakta ini mungkin mengejutkan anda.

Mengikut data sumber rasmi kerajaan bagi maklumat bahan bakar Amerika Syarikat menerusi laman sesawang www.fueleconomy.gov. Ia mengatakan Bugatti Chiron menggunakan 14 galon (52 liter) bagi setiap 100 batu (160 kilometer (km)) untuk pemanduan di lebuh raya. Lebih kurang 3km menggunakan satu liter bahan api.


Bagi tahap penggunaan di kawasan bandar pula, ia mencatatkan 9 galon (34 liter) bagi 160km.

Sementara itu, bagi pemanduan bercampur antara bandar dan lebuh raya pula dengan bacaan purata 11 galon (41 liter) bagi 160km.

#Bugatti #chiron