,
Tempatan

Michelin Energy XM2+ beri jarak membrek lebih pendek dan tahan lama

Erywan
21/06/2019
06:01 MYT
Michelin, syarikat pengeluar tayar yang terkemuka di dunia memperkenalkan tayar Michelin Energy XM2+ yang menerima penambahbaikan berbanding versi terdahulu iaitu Energy XM2.
Energy XM2+ menggunakan kompaun getah silika 100 peratus yang baharu yang mampu menawarkan keupayaan jarak pembrekan yang lebih pendek dalam keadaan basah, iaitu 1.5 meter (m) bagi tayar baharu. Jika bukan baru, tayar itu mampu membrek dalam jarak 2.6m.
Kelebihannya juga adalah jumlah perbatuan yang lebih tinggi, iaitu sebanyak 25 peratus berbanding tayar yang diperkenalkan pesaing-pesaing premium yang lain.
Simbol ‘+’ pada permukaan sisi tayar ini membuktikan daya pembrekan yang lebih hebat berbanding generasi tayar sebelum ini. Tanda ‘X’ Hijau pula untuk menandakan penjimatan bahan api yang dapat diperoleh dengan tayar itu secara optimum.
Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei, Pascal Nouvellon berkata, tayar itu dirumus untuk memenuhi keseluruhan kitaran hayatnya serta kuasa hentian boleh dipelihara di tahap yang tinggi walaupun digunakan berulang kali untuk jangka masa yang lama.
“Ia sejajar dengan slogan kempen Energy XM2+ yang menegaskan bagaimana Stopping Superpower boleh memelihara tahap keselamatan dan keyakinan pengguna di jalan raya sepanjang masa,” katanya.
Di Malaysia, pengguna boleh mendapatkan Energy XM2+ terbaharu di TYREPLUS serta wakil-wakil pengedar bertauliah Michelin di seluruh negara menerusi 32 saiz yang berbeza, dari diameter bersaiz 14 hingga 16 inci. Harga jualan bermula RM200.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Lelaki Maut, Bayi Tujuh Bulan Parah Terlibat Kemalangan Akibat Tayar Pecah

gempak
23/06/2024
21:55 MYT
Seorang lelaki maut, manakala tiga lagi termasuk bayi perempuan berusia tujuh bulan parah dalam nahas tayar pecah di Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ) menghala ke Rembia, malam ini.
Viral

Gelagat Wanita Hamil Mengidam Cium Tayar Motosikal Tarik Perhatian Netizen, Ramai Pakat Kongsi Pengalaman 'Pelik-Pelik'!

gempak
18/01/2024
06:55 MYT
Wah pelik betul mengidam
Laman Utama

Uyaina Menangis Tayar Kereta Pecah Tepi Jalan, Mujurlah Ada Raja Syahiran!

gempak
23/07/2021
10:50 MYT
Malang tidak berbau...
Hiburan

Kereta Hampir Terbabas, Umie Aida Syak Ada Orang Letak Benda Tajam

gempak
28/09/2020
03:01 MYT
Tengah memandu tetiba rasa something wrong dengan tayar.
drebar

Michelin Lancar 4 Tayar Motosikal Berkuasa Tinggi Baharu Harga Bermula RM400-RM700

gempak
17/07/2020
07:35 MYT
Sesuai untuk kegunaan di jalan raya biasa atau di litar lumba.
Unitar