Antarabangsa
Mini 30 Edisi Terhad ‘NOS’, 30 Tahun Baru Pandu 19KM
Sebuah kereta Mini edisi terhad yang cuma dipandu sejauh kira-kira 19 kilometer sejak 30 tahun lalu dijangka dijual dengan harga serendah £20,000 (RM108,954).
Mini 30 edisi terhad buatan tahun 1989 itu adalah model klasik buatan Britain oleh pengeluarnya bagi meraikan ulang tahun ke-30 kereta itu.
Pemiliknya memilih untuk menyimpan kereta kompak itu sebagai model kenang-kenangan daripada memandunya di atas jalan raya.
Simpanan ini menyebabkan kereta klasik ini berada dalam keadaan fizikal terbaik ibaratkan kelihatan baharu selepas keluar daripada kilang Mini.
Menurut laporan The Sun, Mini 30 edisi terhad itu cuma dipandu semasa kiriman ke pihak pengedar dan dipandu uji di sekeliling blok premis berkenaan. Malah, pelekat kilang pada cermin belakang kereta itu belum ditanggalkan.
Model kereta dua pintu ini dijangka dijual pada harga £20,000 pada 4 Mac ini, iaitu hampir empat kali ganda berbanding nilai jualan asal sebanyak £5,995 (RM32,657).
Ruang dalaman kereta itu menyaksikan pengenaan material kulit berwarna hitam, roda stereng berwarna merah terang dan karpet yang ditutup dengan kertas asal dari kilang Mini.
Mini berwarna hitam ini menggunakan enjin 988cc dan tiada maklumat diberikan mengenai jenis kotak gear atau spesifikasi lain.
Ketua Permotoran Klasik di Brightwells, Matthew Parkin berkata, kereta Mini ini kelihatan seakan baharu dengan cuma catatan 12 batu (19km) perjalanan.
"Ada beberapa Mini seperti ini dibeli mereka yang mempunyai wang lebih dan mereka mendapatkannya sebagai satu bentuk pelaburan.
"Mini 30 ini ada spesifikasi menari dan ia dihadkan kepada kira-kira 3,000 unit," katanya.
Must-Watch Video