Antarabangsa

Mitsubishi lancar model baharu gabungan MPV ‘X’ Crossover

gempak
Erywan
13/11/2019
04:29 MYT
Sponsor Banner
Mitsubishi lancar model baharu gabungan MPV ‘X’ Crossover
Mitsubishi Motors Corporation (MMC) baharu sahaja mendedahkan model MPV crossover baharu yang dinamakan sebagai XPANDER CROSS. Pengenalannya meluaskan lagi rangkaian produk XPANDER.
XPANDER CROSS menggabungkan reka bentuk luaran kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan ciri-ciri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV). Ini dimaksudkan crossover atau disingkatkan menjadi CROSS. Model baharu ini akan dilancarkan di negara jiran Indonesia terlebih dahulu sebelum dipasarkan ke negara-negara ASEAN secara berperingkat-peringkat.
XPANDER CROSS menumpukan kepada penggunaan pelanggan berkeluarga, menekankan keselesaan dan keseronokan pemanduan. Ia ternyata praktikal dan versatil. Model itu duduk di atas varisan produk varian XPANDER yang membenarkan pemandu meredah pelbagai jenis permukaan bumi dengan yakin tanpa menjejaskan ruang dan keselesaan daripada sesebuah MPV.
Model standard XPANDER yang mula-mula diperkenalkan di Indonesia pada tahun 2017 berjaya menjadi model keempat dengan jualan terbesar bagi tahun kewangan 2018, kira-kira 104,000 unit. Oleh disebabkan kekuatan XPANDER, MMC tidak melepaskan peluang menggabungkan kepakaran MPV dan SUV untuk mencipta XPANDER CROSS. Ini dilakukan dengan harapan model itu boleh beri nilai tambah baharu untuk pengguna di ASEAN.
"Dengan pelancaran XPANDER CROSS, kami akan tingkatkan kapasiti pengeluaran dan bersiap sedia untuk eksport dari Indonesia," kata Takao Kato, Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors. XPANDER CROSS menggunakan enjin petrol aspirasi biasa 1.5 liter yang boleh jana 103hp dan tork 141Nm. Transmisi sama ada lima kelajuan manual atau automatik empat kelajuan.
XPANDER CROSS juga mempunyai kelegaan bumi 225 milimeter, iaitu lebih 20mm berbanding model standard XPANDER. Ini sesuai untuk kendalian atas permukaan kasar apatah lagi banjir.
Xpander Cross ditawarkan pada harga bermula 276 juta rupiah (RM81,311) untuk varian manual dan 277 juta rupiah (RM81,605) bagi versi automatik.
Apa kata anda? Dah baca, Jangan lupa komen dan share ya. Terima Kasih.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live