Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bakal mempamerkan trak pikap popularnya, Triton baharu bagi pasaran tempatan sempena Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018.

Pada peringkat global, Mitsubishi Triton baharu sahaja dilancarkan pada minggu lalu di Bangkok, Thailand dan bakal dijual di negara itu pada 17 November ini.

Trak pikap yang dipasang di kilang milik Mitsubishi Motors (Thailand) Co. Ltd. (MMTh), di Laem Chabang.

Bagi memudahkan anda mengetahui perbezaannya, ia terbahagi kepada empat membabitkan:

1. Reka bentuk Engineered Beyond Tough

Mitsubishi Triton baharu menerapkan reka bentuk Rock Solid yang mana bahagian hadapan diserlahkan dengan rekaan Dynamic Shield generasi baru yang memberikannya penampilan lebih garang.

Bahagian sisi tampil garis tajam, arca roda dan kemasan yang membuatkannya kelihatan lebih moden, selain belakang direka agar nampak lebih lebar.

Ruang kabin pula tampak moden dan lasak bersama corong penyaman udara serta susun atur suis panel yang ergonomik.

Paling menariknya, ia hadir dengan penggunaan material lembut pada perehat tangan dan sebagainya sekali gus tampak lebih premium.

2. Rangkaian kuasa dan sistem brek

Pikap trak ini masih kekal enjin 2.4L MIVEC turbo diesel dengan teknologi Variable Geometri Turbo (VGT) berkuasa 178hp dan tork 430Nm.

Cuma ia diperbaharui dengan kotak gear kepada transmisi automatik enam kelajuan yang lebih lancar, berkuasa dan menjimatkan.

Selain itu, Triton hadir dengan pelbagai penambahbaikan seperti cakera brek lebih besar dan aspek pengendalian kini semakin mantap dengan peredam belakang yang lebih lebar.

3. Sistem 4WD S

Jentera ini dilengkapi sistem pacuan Super-Select 4WD atau Easy-Select 4WD yang membolehkan penukaran mode pemanduan dapat dibuat dengan mudah.

Kedua-dua sistem pacuan itu hadir dengan mode off-road baru yang terdiri daripada talaan GRAVEL, MUD/SNOW, SAND dan ROCK.

Apabila diaktifkan, mod off-road berfungsi mengawal kuasa enjin, transmisi dan brek untuk memaksimumkan prestasinya.

4. Sistem keselamatan aktif/bantuan pemandu

Menariknya, pikap trak baharu itu juga memiliki sistem keselamatan yang lebih baik termasuklah:

Bagaimanapun, harga trak pikap baharu itu masih lagi belum didedahkan, namun drebar.my akan memaklumkan kepada jika mempunyai maklumatnya.