Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Mitsubishi XPANDER Dijual Pada Harga RM91,369 - Macam Mana, OK Tak?

Erywan
05/11/2020 02:52 MYT
Selepas dibuka tempahan bulan lalu, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan secara rasmi harga crossover tujuh tempat duduk baharunya, Mitsubishi XPANDER.


Harga yang diumumkan MMM membabitkan mengikut kawasan:

Harga di atas adalah atas jalan tidak termasuk insurans. Pada masa sama, harga itu turut menerima pengecualian cukai jualan (SST). Sejak dibuka tempahan pada 22 Oktober lalu, MMM menerima 2,000 tempahan bagi model XPANDER berkenaan.

Bagi mengetahui apakah spesifikasi lengkap XPANDER, kami senaraikannya membabitkan:


LUARAN

Crossover tujuh tempat duduk ini menggunakan konsep reka bentuk hadapan ‘Perisai Dinamik’ (Dynamic Shield), yang digabungkan di dalam setiap kereta baru yang dilancarkan oleh Mitsubishi.

Luarannya, XPANDER didatangkan dengan Lampu Hadapan Bi-LED, berkedudukan blok Kristal LED dan Lampu Belakang LED iluminasi L. XPANDER baharu juga dilengkapi rim roda aloi dua tona bersaiz 16 inci.

Pemandu juga tidak perlu bimbang bila berlaku banjir kilat kerana paras tinggi lantai XPANDER ialah 205mm dan ia agak tinggi sebenarnya.


DALAMAN
Bagi meningkatkan lagi nilai kenderaan, satu pakej pengedar sah MMM diperkenalkan. Ia akan merangkumi ciri-ciri seperti Pemantauan Sekeliling (ARM), Perakam Video Pemanduan (DVR) dan Kerusi Balutan Kulit.

ARM menggunakan pelbagai kamera di sekeliling kenderaan bagi mewujudkan pandangan udara 360 darjah bagi membantu pemandu semasa meletak kereta. Sebagai tambahan kepada ketenangan semasa memandu, DVR merakam setiap detik atau insiden di hadapan kenderaan ketika bergerak.


XPANDER adalah satu-satunya kereta di dalam kelasnya yang boleh melipat rata kerusi bahagian kedua dan ketiga bagi memudah untuk mengangkut barangan besar atau panjang.

Ia juga dilengkapi banyak ruang simpanan kotak simpanan pada lantai kargo dilengkapi lampu, poke sisi barisan duduk ketiga dan pemegang botol dan kotak konsol tengah dengan lampu untuk menyimpan segala barangan yang diperlukan untuk perjalanan hujung minggu yang sempurna.


SISTEM AUDIO
Malahan, XPANDER juga didatangkan dengan empat corong udara dipasang menerusi bumbung untuk penumpang belakang. Untuk hiburan, XPANDER dipasang sistem Audio 9-Inci bersama Apple Carplay dan Android Auto Ready.


CIRI KESELAMATAN
Bagi ciri keselamatannya pula, ia dilengkapi dua beg udara SRS, sistem brek anti penguncian (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Aktif Stabiliti (ASC), Sistem Bantuan Brek (BA), Bantuan Permulaan Bukit (HSA), Peringatan Rehat dan Sistem Mengatasi Brek (BOS).

Yang terakhir ialah XPANDER diperkenalkan dengan kluster meter berkontras tinggi 4.2 inci yang memaparkan maklumat penting seperti tolok suhu penyejukan enjin, dan amaran bagi kawalan luncur atau bateri lemah di dalam kunci kereta.


WARNA DAN HARGA
Crossover itu ditawarkan dengan empat pilihan warna membabitkan merah, putih, hitam dan kelabu.


#Mitsubishi
;