,
Antarabangsa

Mitsubishi XPANDER Kini Buka Untuk Tempahan, Ini Spesifikasinya Yang Anda Perlu Tahu

Erywan
22/10/2020
02:04 MYT
Akhirnya, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) membuka untuk tempahan bagi crossover tujuh tempat duduk baharunya, Mitsubishi XPANDER sebelum dijangka dilancarkan pada November ini.
Bagi mengetahui apakah spesifikasi lengkap XPANDER, kami senaraikannya membabitkan:
LUARAN
Crossover tujuh tempat duduk ini menggunakan konsep reka bentuk hadapan ‘Perisai Dinamik’ (Dynamic Shield), yang digabungkan di dalam setiap kereta baru yang dilancarkan oleh Mitsubishi.
Luarannya, XPANDER didatangkan dengan Lampu Hadapan Bi-LED, berkedudukan blok Kristal LED dan Lampu Belakang LED iluminasi L. XPANDER baharu juga dilengkapi rim roda aloi dua tona bersaiz 16 inci.
Pemandu juga tidak perlu bimbang bila berlaku banjir kilat kerana paras tinggi lantai XPANDER ialah 205mm dan ia agak tinggi sebenarnya.
DALAMAN
Bagi meningkatkan lagi nilai kenderaan, satu pakej pengedar sah MMM diperkenalkan. Ia akan merangkumi ciri-ciri seperti Pemantauan Sekeliling (ARM), Perakam Video Pemanduan (DVR) dan Kerusi Balutan Kulit.
ARM menggunakan pelbagai kamera di sekeliling kenderaan bagi mewujudkan pandangan udara 360 darjah bagi membantu pemandu semasa meletak kereta. Sebagai tambahan kepada ketenangan semasa memandu, DVR merakam setiap detik atau insiden di hadapan kenderaan ketika bergerak.
XPANDER adalah satu-satunya kereta di dalam kelasnya yang boleh melipat rata kerusi bahagian kedua dan ketiga bagi memudah untuk mengangkut barangan besar atau panjang.
Ia juga dilengkapi banyak ruang simpanan kotak simpanan pada lantai kargo dilengkapi lampu, poke sisi barisan duduk ketiga dan pemegang botol dan kotak konsol tengah dengan lampu untuk menyimpan segala barangan yang diperlukan untuk perjalanan hujung minggu yang sempurna.
Malahan, XPANDER juga didatangkan dengan empat corong udara dipasang menerusi bumbung untuk penumpang belakang. Untuk hiburan, XPANDER dipasang sistem Audio 9-Inci bersama Apple Carplay dan Android Auto Ready.
CIRI KESELAMATAN
Bagi ciri keselamatannya pula, ia dilengkapi dua beg udara SRS, sistem brek anti penguncian (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Aktif Stabiliti (ASC), Sistem Bantuan Brek (BA), Bantuan Permulaan Bukit (HSA), Peringatan Rehat dan Sistem Mengatasi Brek (BOS).
Yang terakhir ialah XPANDER diperkenalkan dengan kluster meter berkontras tinggi 4.2 inci yang memaparkan maklumat penting seperti tolok suhu penyejukan enjin, dan amaran bagi kawalan luncur atau bateri lemah di dalam kunci kereta.
WARNA DAN HARGA
Crossover itu ditawarkan dengan empat pilihan warna membabitkan merah, putih, hitam dan kelabu. Buat masa ini, harganya masih lagi belum diumumkan, cuma difahamkan ia akan dijual kurang RM100,000.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Kacak, Bergaya, Kuat & Tahan Lasak? Eh Bukan Zaquan Tapi Mitsubishi Triton Athlete Okay! Ini 6 Sebab Mengapa Anda Wajib Cuba

gempak
15/11/2021
05:03 MYT
Hebat bukan? Jadi apa tunggu lagi?
drebar

Mitsubishi Motors Malaysia Tawar Perkhidmatan Terbaharu, Beli Kereta Dalam Talian Boleh Hantar Depan Rumah

gempak
12/10/2021
01:49 MYT
Perkhidmatan Penghantaran Ke Rumah kenderaan Mitsubishi untuk memberi kemudahan kepada pelanggannya.
drebar

Mitsubishi Triton Catat Sejarah Dengan Jualan Tertinggi Pada September

gempak
07/10/2021
06:36 MYT
Sejumlah 1,521 unit diserahkan kepada pemiliknya.
drebar

Mitsubishi Motors Buka Pusat 3S Baharu Bukit Raja, Klang, Selangor

gempak
20/09/2021
05:21 MYT
Ini juga ada pusat pameran Mitsubishi Motors kedua untuk MN Wheels yang mana bangunan lokasi pertama terletak di Kuala Selangor.
drebar

Lebih RM500,000 Harga Untuk Mitsubishi Lancer Evolution VI Tommi Makinen Edition

gempak
10/05/2021
02:28 MYT
Kereta itu dibida pada harga £100,100 (RM572,874), menjadikannya kereta paling mahal terjual pada acara itu.
Unitar