Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLS3: Tiada Penyingkiran! Wisel, Ngam & Bahroy Tarik Nafas Lega, Bernasib Baik Di Minggu Keenam

Mya Amri
26/08/2022 17:26 MYT
Minggu keenam Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) menyaksikan tiada penyingkiran diumumkan.

Tiga kumpulan yang berada dikedudukan terendah iaitu WISEL, NGAM dan BAHROY menarik nafas lega sebaik sahaja mendengar keputusan itu.

Bertemakan ‘Tempat Bersejarah’, kumpulan UBI merangkul tangga pertama dengan jumlah markah 56.62%

Berikut merupakan markah penuh bintang-bintang MLS3 di minggu keenam.

1. UBI - 56.62%

2. CILI - 54.20%

3. OOD - 50.07%

4. ARTEH - 35.82%

5. BAHROY - 29.48%

6. WISEL - 28.09%

7. NGAM - 25.70%

Sementara itu, UBI kembali merampas gelaran dipilih Superstar Gempak of The Week untuk minggu keenam ini.

MLS3 yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Sharnaaz Ahmad menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha bersama Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.

MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022

#Tersingkir #Muzikal Lawak Superstar #Tiada Penyingkiran #Muzikal Lawak Superstar 3 #Muzikal Lawak Superstar 2022 #MLS3