Antarabangsa

Model Rare Aston Martin DB4 GT Zagato (1961) Ini Harganya RM49 juta!

gempak
Erywan
28/09/2020
07:55 MYT
Sponsor Banner
Model Rare Aston Martin DB4 GT Zagato (1961) Ini Harganya RM49 juta!
Model paling sukar ditemui atau 'rare' Aston Martin DB4 GT Zagato (1961) dilelong pada harga dari £7 juta sehingga £9 juta (kira-kira RM38 sehingga 49 juta).
DB4 GT Zagato dari casis 0176/R adakah model yang dihasilkan oleh pengeluar British dengan warna Peony iaitu warna merah gelap.
Pemilik pertama kereta itu adalah Pengarah Urusan Edward Beck & Son Ltd, Teddy Beck di Cheshire, England. Kereta itu hanya dipandu sejauh 24,140km dan disimpan lebih daripada dua dekad.
Dekad seterusnya model itu dimiliki oleh Pengarah Aston Martin, Victor Gauntlett dan pemilik terakhir membeli kereta itu pada 1985. Ketika dalam jagaan pemilik terkini jentera itu hanya merekodkan perbatuan 48,280 km.
Walaupun jarang dipandu kereta itu memenangi beberapa anugerah dan tampil dalam beberapa majalah dan buku. Sangat jarang untuk menemui kereta Zagato dengan badan DB4 GT yang asli dan tidak pernah menjalani restorasi.
Jentera itu dipadankan dengan enjin 3.7 liter aluminium 6-silinder sebaris yang menghasikan kuasa 314hp dan DB4 GT Zagato mencapai 100kmj dalam tempoh 6.1 saat dengan kelajuan maksimum 248km/j.
Aston Martin hanya mengeluarkan 25 unit dan menjadikan model itu antara model paling rare. Pada Julai 2018, satu model berbeza Aston Martin DB4 GT Zagato (1961) dilelong pada harga £10,081,500 (RM55 juta).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live