Firma modifikasi van di Wales, MS-RT muncul dengan tawaran van talaan edisi terhad Ford Transit Connect yang dijenamakan semula sebagai R120.
Hanya 30 unit van sporty itu akan dibina untuk pelanggan di United Kingdom dan enam unit bagi pasaran Ireland Utara. Semua van ini akan dicat warna putih iaitu Frozen White.
R120 dibangunkan daripada van panel versi Transit Connect tetapi pelanggan akan diberi pilihan sama ada jarak roda panjang atau pendek.
Selain itu, pelanggan boleh pilih sama ada konfigurasi dua atau versi tiga tempat duduk. Transmisi ditawarkan juga ada dua iaitu manual atau automatik. Spesifikasi lain ditentukan oleh MS-RT.
Van putih ini dihiasi dekal badan merah dan hitam serta diberi padanan rim aloi perlumbaan OZ Racing, perumah cermin sisi hitam dan ekzos empat muncung tona hitam. Ruang kabin menerima barisan kerusi yang dibalut dengan menggunakan material kulit berserta jahitan benang merah.
Selain itu, ada kemudahan paparan kamera undur dan alat pengecas telefon tanpa wayar. Stereng sport van ini diperbuat daripada gentian karbon.
Van ini juga didatangkan dengan ciri kawalan jelajah dan fungsi Ford Pass Connect. Aplikasi itu membolehkan pemilik memperoleh maklumat kenderaan mereka terus ke telefon pintar masing-masing. Sistem ekzos sport yang digunakan ialah Maxhaust.
Harga bagi model R120 adalah serendah £25,995 (RM141,200) dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000 batu (mana-mana tiba dulu).
Erywan
Fri Dec 04 2020

_1.png?ext=.png)
#FOODIESLIFE: Minum Kopi Bercampur Arang? Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu…
Jangan berani-berani cuba

Pelancong China Buat Hal, Gondola Terbalik Sebab Sibuk Selfie
Kejadian berlaku di Venice, Itali.

Taylor Swift Dinobat Person Of The Year 2023, Kalahkan Vladimir Putin
Person of The Year 2023 versi majalah berprestij, Time.

Lelaki Dikecam Enggan Alihkan Beg Yang Diletakkan Di Tempat Duduk Kosong Dalam LRT
Siap buka kasut lagi

Melly Goeslaw Hidupkan Allahyarham Nike Ardilla, Bukan Hanya Nyanyi Siap Ada Video Klip
Nike Ardilla dihidupkan dengan bantuan teknologi AI

Ryzal Ibrahim Mahu Anak Fasih Bahasa Ibunda - “Saya Utamakan Melayu Dulu Baru Korea”
Bagusnya Ryzal dan Maryam ni.

Selena Gomez Bercinta Dengan Rakan Justin Bieber
Pusing-pusing ke situ juga
GELAK 90 Saat Bonus (8) - Melayu Cerdik Kuala Kangsar
Melayu Cerdik Kuala Kangsar.
Saksikan Final #Gelak90saat Jumaat 9 malam di Astro Warna & strim di Astro Go. Undi di gempak.com/gelak90saat (Jumaat jam 9-10 malam)
Saksikan Final #Gelak90saat Jumaat 9 malam di Astro Warna & strim di Astro Go. Undi di gempak.com/gelak90saat (Jumaat jam 9-10 malam)
GELAK 90 Saat Bonus (7) - Bahagia itu sederhana gais
Bahagia itu sederhana gais. Main benda simple pun dah happy.
Saksikan Final #Gelak90saat Jumaat 9 malam di Astro Warna & strim di Astro Go. Undi di gempak.com/gelak90saat (Jumaat jam 9-10 malam)
Saksikan Final #Gelak90saat Jumaat 9 malam di Astro Warna & strim di Astro Go. Undi di gempak.com/gelak90saat (Jumaat jam 9-10 malam)
GELAK 90 Saat (7) - Kecik cari finalis Gelak 90 Saat
Kecik cari finalis Gelak 90 Saat.