![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2019/sept/honda-civic-mugen-hatchback-06.jpg)
Bagi model terbabit, syarikat talaan yang berpangkalan di
Asaka itu menawarkan kit badan aerodinamik serta beberapa penambahbaikan prestasi.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2019/sept/honda-civic-mugen-hatchback-07.jpg)
Antara komponen yang ditawarkan adalah jeriji gentian karbon lengkap dengan
lencana Mugen,
diffuser belakang serta ‘under spoiler’ untuk bampar hadapan dan belakang serta skirt sisi.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2019/sept/honda-civic-mugen-hatchback-04.jpg)
Jika itu tidak mencukupi, katalog Mugen turut menyenaraikan spoiler bumbung, cermin sisi gentian karbon, pemegang nombor plat gentian karbon, pelindung pemegang pintu serta lampu LED belakang dengan grafik yang lebih menarik.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2019/sept/honda-civic-mugen-hatchback-05.jpg)
Bagi melengkapkan imej garang jentera mereka, pelanggan boleh mendapatkan
rim aluminium berukuran 19 inci yang boleh didapati dalam dua rekaan berbeza iaitu MDA atau MDC. Turut ditawarkan adalah set nat khas dengan kemasan perak atau hitam.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2019/sept/honda-civic-mugen-hatchback-02.jpg)
Ruang kabin juga boleh dihiasi dengan aksesori Mugen seperti stereng sport, tempat duduk ‘bucket’, butang penghidup enjin, pelindung panel pintu, ‘scuff plate’ dan karpet.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2019/sept/honda-civic-mugen-hatchback-03.jpg)
Dari segi prestasi, Mugen menawarkan
sistem ekzos sport yang diperbuat daripada keluli tahan karat. Ia didatangkan muncung berbentuk heksagon yang diinspirasikan oleh nozel ekzos jet pejuang.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2019/sept/honda-civic-mugen-hatchback-01.jpg)
Selain itu, terdapat juga pad brek
Type S yang boleh beroperasi pada suhu sehingga
500 darjah Celsius, cakera brek berukuran 282mm, set kabel brek micromesh serta ‘short shifter’ untuk penukaran gear yang lebih cepat.