Antarabangsa

Mustang Wolf Racing, eksklusif hanya tujuh unit yang dibina

Erywan
06/08/2019
02:11 MYT
Ford Mustang bukannya satu model asing yang menjadi tarikan syarikat talaan di serata dunia, semenjak ia mula dipasarkan kepada pasaran antarabangsa.
Terbaharu, sebuah firma di Neuenstein, Jerman iaitu Wolf Racing memberi sentuhan mereka untuk mengubah rasa prestasi pada model kebanggaan Amerika Syarikat ini selain pembabitan dalam sukan permotoran.
Berbekalkan pengalaman itu, mereka membangunkan satu model istimewa yang dinamakan sebagai One of 7 dan nampak pada namanya, ia pasti sesuatu yang agak eksklusif.
Mustang sentuhan Wolf Racing sebenarnya agak bertenaga iaitu bermula dengan model standard Mustang GT versi 5.0 liter V8 dikenakan beberapa komponen berprestasi buatan Amerika Syarikat.
Apa yang diketahui setakat ini adalah pengenaan alat pengecas lampau Edelbrock yang terdiri daripada sebahagian pakej. Dengan itu, ia mampu menjana kuasa sekuat 735hp dengan tork maksimum 880Nm.
Enjin dengan modifikasi itu disambung pada kotak gear enam kelajuan Mustang atau pada transmisi automatik 10 kelajuan.
Wolf Racing menyatakan padanan itu membantu jentera berkenaan memecut ke 100 kilometer sejam dalam tempoh kurang 4 saat.
Untuk memastikan ia mampu menampung anjakan kuasa sekuat itu, Wolf Racing mengenakan satu LSD istimewa pada Mustang dan memasang sistem suspensi naik taraf yang boleh laras dan menurunkan ketinggian pada kadar 30 millimeter.
Rim digunakan pula ialah 21 inci Wolf Racing dengan balutan tayar Michelin Pilot Sport pada keempat-empat roda.
Hiasan membabitkan pelekat grafik dengan spoiler gentian karbon. Tambahan lain ialah kerusi duduk sport dengan sulaman pada bahagian perehat kepala serta stereng sport.
Hanya tujuh unit akan dibina sempena ulang tahun ke-40 Wolf Racing. Harganya cuma €94,440 (anggaram RM442,190).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Tips bersih kereta dengan mudah dan menjimatkan!

gempak
08/10/2021
04:31 MYT
Tips yang diberikan ini boleh dilakukan sendiri (DIY) dengan barang-barang yang ada di rumah anda.
drebar

8 Model Kereta Edisi Terhad Bina Kurang 10 unit

gempak
07/09/2021
06:28 MYT
Koleksi jentera edisi terhad sebagai satu kepuasan selain pelaburan menguntungkan dengan nilai jualan semula.
drebar

Lebih Jimat! Beli Ford Ranger WildTrak dan XLT Plus Dapat Percuma Servis Dua Tahun

gempak
03/08/2021
07:11 MYT
Servis percuma dua-tahun sah untuk pelanggan baharu model Ranger WildTrak dan XLT Plus terpilih.
drebar

Ford Puma ST Gold Edition - Dicipta Daripada Maklum Balas Orang Ramai

gempak
21/06/2021
08:24 MYT
Syarikat itu meminta peminatnya menghasilkan reka bentuk bagi model edisi terhad Puma ST.
drebar

Hoonitruck Mencari Pemilik Baru, Harga RM4.53 Juta. Ada berani?

gempak
16/06/2021
04:16 MYT
Ini menjadikan model trak pikap model F-150 paling mahal buat masa ini biarpun ia adalah keluaran 1977.