Next Bike Sdn Bhd (Next Bike) selaku pengedar rasmi Ducati di Malaysia, mengesahkan kejadian banjir kilat di bilik pameran Ducati Malaysia Petaling Jaya baru-baru ini.

Bagaimanapun, pelanggan tidak perlu bimbang kerana keadaan masih terkawal dan tiada kecederaan dilaporkan.

Menjadi keutamaan Next Bike adalah untuk menjaga kepentingan dan keyakinan pelanggan, kakitangan dan orang awam dalam menghadapi situasi tidak dijangka ini.

Bagi memastikan ketenangan minda pemilik, Next Bike akan menghubungi pemilik bagi memaklumkan keadaan motosikal mereka yang berada di pusat jualan itu.

Selain itu, dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dan menyebarkan maklumat tidak tepat yang boleh menyebabkan kekeliruan tentang situasi sebenar.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi e-mel: [email protected].