Dikhabarkan generasi baharu Nissan Frontier/Navara bakal menerima komponen dari Mercedes-Benz X-Class. Bukan lagi rahsia bahawa X-Class dibangunkan dari platform Frontier/Navara.

Bagaimanapun ramai yang tidak tahu pengeluar Jerman itu ada melakukan ubah suai pada platform dengan menambah struktur pengukuhan untuk mempertingkatkan kekuatan dan meningkatkan dinamik pemanduan.


Difahamkan model baharu Frontier/Navara bakal menjengah pasaran tahun ini dan tentunya Nissan turut akan melakukan penambahbaikan pengukuhan platform X-Class. Laporan menyatakan Nissan turut akan menerima crossbar tambahan seperti X-Class.

Nissan akan memulakan pengeluaran casis prototaip pertama sebelum hujung tahun di kilang Argentina. Nissan Frontier (2020) baharu saja diperkenalkan Februari lalu. Walaupun masih lagi mempertahankan sebahagian besar penampilan model sebelumnya, serta dipadankan dengan enjin baharu 3.8L V6 dan menggunakan 93 peratus alat ganti baharu dan direka semula.


Enjin itu mampu menghasilkan kuasa 310hp dan tork 381Nm dan difahamkan janakusa berkenaan bakal didatangkan standard untuk generasi akan datang Frontier bersama transmisi 9-kelajuan automatik yang menggantikan 5-kelajuan auto dan 5-kelajuan manual pada model tahun sebelumnya. Menurut sumber pacuan roda belakang akan didatangkan standard.

Dijangkakan Nissan bakal mendedahkan trak pikap tersebut sebelum penghujung tahun ini namun ada kebarangkalian model itu tidak akan didedahkan sehingga 2021.

Sumber: Carscoops