,
Antarabangsa

Nissan Juke-R Bukan Sebarang Crossover, Berselindung Enjin GT-R

Erywan
29/05/2020
05:00 MYT
Anda sanggup bayar harga 299,990 euro (RM1.43 juta) untuk membeli sebuah Nissan Juke-R? Apa yang pasti, ini bukan sebarang kereta Juke.
Di sebalik panel badan yang diperbuat daripada campuran gentian karbon dan logam ini, ada sebuah GT-R sedang tersembunyi. Kuasanya tidak kurang 690hp.
Tuner Britain, Severn Valley Motorsport (SVM) adalah syarikat yang bertanggungjawab menala Nissan Juke-R ini dan mereka ada membina lima kereta seperti ini.
SVM ini pernah dikenali dengan binaan Qashqai terpantas dunia iaitu SVM Qashqai-R dengan kelajuan 382.7 kilometer sejam (km/j).
Bagaimanapun, dua unit Juke istimewa ini dilaporkan terbabas dan dipercayai musnah, manakala dua lagi menjadi milik Nissan. Yang tinggal untuk dimiliki cuma unit ini.
Kereta Nissan Juke-R ini dipanggil SVM 700R Juke-R #005 dan ia kini dijual oleh pihak VDM Cars. Sejak 2019, kereta ini cuma dipandu sejak 20km. SVM memuatkan R35 dibawah kulit Juke ini dengan membuat potongan 150 milimeter (mm) lantai GT-R.
Kereta dengan dua tempat duduk ini sudah dipasang roll cage, menjalani modifikasi aci, dipasang injektor 1,050cc, sistem kemasukan angin 76mm, eksoz kustom, transmisi dwi-klac GT-R dan angkup dan cakera brek Brembo serta tayar Bridgestone run-flat (depan 225/40 dan belakang 285/35) untuk rim 20 inci.
Komponen yang dibuat daripada gentian karbon ialah hud, fender tambahan roda, bampar depan dan belakang, peresap aerodinamik, spoiler dan beberapa lagi. Sistem suspensi yang digunakan adalah jenis boleh laras tiga tahap dengan tambahan bar guling depan belakang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar