gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ridzokumura Pilih Setia Pada Arwah Isteri, Rela Hidup Sendiri Dari Kahwin Lain - “Sepanjang 16 Tahun Dengan Dia, Kami Tak Pernah Curang…”
HIBURAN
Teman Fazura ‘Make Up”, Netizen ‘Cair’ Tengok Telatah Fatima - “Ya Allah Comelnya”
BERITA
Ambulans 'Gagal' Tampung Lelaki Obes 160kg, APM Angkut Guna Lori
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

ANTARABANGSA

Nissan Perkenalkan Model Baharu Magnite, Crossover Segmen B Yang Agak Kecil

Erywan
Erywan
22/10/2020
06:48 MYT
Sponsor Banner
Nissan Perkenalkan Model Baharu Magnite, Crossover Segmen B Yang Agak Kecil
Ketika sedang sibuk mempersiapkan 400Z, Nissan tidak lupa untuk mengemaskini barisan crossover mereka dengan memperkenalkan model baharu yang dikenali sebagai Magnite.
Walaupun ia asalnya dibangunkan khas untuk keperluan pengguna di India, Nissan mengesahkan bahawa model kompak ini akan turut ditawarkan untuk pasaran-pasaran lain.
Magnite adalah crossover segmen B yang agak kecil, dengan ukuran tapak roda kurang dari empat meter. Ia mempunyai reka bentuk yang bertenaga dan berani dengan disampaikan menerusi lampu LED yang langsing dan lampu nyalaan siang berbentuk J.
Biarpun tidak menggunakan reka bentuk gril V-Motion seperti kenderaan Nissan lain, kehadiran logo Nissan yang terkini sedikit sebanyak membuatkan ia tampak moden.
Rekaan ruang kabin tidak kurang hebatnya dengan corong udara berbentuk heksagon dan konsol tengah yang minimalis. Antara teknologi yang ditampilkan di sini adalah panel instrumen TFT berukuran tujuh inci dan skrin sentuh infotainmen berukuran lapan inci pada papan pemuka.
Magnite hadir dengan enjin turbo 1.0-liter tiga silinder namun jumlah kuasa dan tork yang dihasilkan masih belum didedahkan.
Crossover ini ternyata bukan model urban semata-mata kerana ia mempunyai ciri-ciri seperti jarak lega tanah 205mm, teknologi Hill Start Assist, plat perlindungan depan dan belakang, dan rel bumbung. Ia juga dilengkapi dengan Around View Monitor 360 darjah bagi membolehkan pemandu mengesan sebarang halangan dengan mudah.
Menurut Nissan, Magnite sudah diuji secara menyeluruh di fasiliti ujian Nissan di Tochigi, Jepun.
Topic Berkaitan
#Nissan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement