,
Tempatan

Numina Dan Kerb Pememang Cabaran Senibina Bandar Untuk Masa Depan Untuk Perlaksanaan Di Kuala Lumpur

Erywan
13/07/2021
03:44 MYT
Dua pasukan diumumkan sebagai pemenang bersama bagi Cabaran Senibina Bandar Untuk Masa Depan (CATCH) baru-baru ini.
Yayasan Mobiliti Toyota (TMF) melancarkan CATCH pada Februari 2020 dengan panggilan peringkat global untuk penyelesaian dinamik, pintar serta dipacu oleh data untuk menanggapi cabaran mobiliti dan perancangan bandar di Kuala Lumpur.
Sepanjang CATCH, enam peserta akhir berjaya membangunkan serta menyerahkan Minimum Viable Products (MVP) untuk Kuala Lumpur, walaupun masih terkesan dengan pandemik Covid-19.
Dengan sokongan penuh daripada rakan strategik, peserta akhir meraih banyak maklumat setempat yang bermakna di Kuala Lumpur, membangunkan platform data analitik dan papan pemuka, serta mengadakan ujian keboleh-laksanaan hinggalah kepada mempersembahkan pemanfaatan data dan teknologi inovatif untuk memperbaiki capaian terhadap mobiliti di Kuala Lumpur.
Semua MVP ini dipersembahkan ketika penilaian akhir di hadapan lapan juri yang terdiri daripada pelbagai bidang kepakaran.
Selepas penelitian dan penilaian menyeluruh juri, TMF memilih Numina dari Amerika Syarikat dan KERB dari Australia sebagai penyedia penyelesaian paling sesuai, yang menepati lima kriteria penilaian iaitu kreativiti, kesungguhan, keboleh-laksanaan, kemapanan dan teknikaliti.
Sepanjang cabaran ini, Numina meletak sensor di lokasi utama trafik sekitar Kuala Lumpur, membolehkan mereka untuk memerhati dan meninjau serta menganalisa pergerakan manusia.
KERB pula melancarkan teknologinya mencari ruang parkir yang kosong ketika waktu pejabat dan untuk itu meningkatkan jumlah pilihan ruang parkir yang ada, dengan sifar prasarana dengan cara menyediakan tempahan dan bayaran one-touch, serta capaian parkir yang hands- free.
Numina dan KERB masing-masing akan menerima geran berjumlah US$250,000, sebagai sokongan kewangan untuk percubaan dan perlaksanaan penyelesaian mereka di Kuala Lumpur, dengan usaha sama berterusan daripada rakan-rakan strategik dan data.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
BorakSeeni