Modifikasi

OMG Reborn - Bangkitnya kereta Olskool di Malaysia

gempak
Erywan
15/11/2019
02:50 MYT
Sponsor Banner
OMG Reborn - Bangkitnya kereta Olskool di Malaysia
Masuk tahun ke 11 penganjuran Olskool Mega Gathering atau 'OMG Reborn' ternyata banyak perubahan yang berlaku.
Tahun demi tahun sehinggalah Sabtu lalu, pelbagai jenis jentera dengan kreativiti masing-masing dipamerkan. Jika dahulu jentera lama yang hadir ke tapak event lengkap di cat berkilat, rim talam, kemasan kroom sana sini, namun kini pelbagai kreativi ditampilkan peserta.
Malah ada jentera yang sengaja dibiarkan berkarat dan berlubang sana sini kerana bagi mereka makin buruk/lama jentera itu semakin bernilai. Menyingkap kembali acara OMG pada awal penganjuran di Tasik Permaisuri, ia kelihatan seolah lepak santai, minum-minum sambil sembang-sembang dengan kawan-kawan, namun kini banyak perubahan berjaya dibawa.
Namun motif utama OMG, ianya adalah 'Hari Raya' besar yang mengumpulkan dan merapatkan silaturrahim sesama peserta dan peminat jentera lama. Kami masih teringat pada OMG 7 yang di adakan di Dataran Air Keroh, Melaka, sambutan yang diterima cukup memberangsangkan biarpun dalam keadaan jerebu yang melebihi bacaan IPU 400.
Namun peserta dan pengunjung yang hadir sememangnya membuktikan peminat jentera lama ini masih ada. Di OMG Reborn yang diadakan diperkarangan parkir MYDIN Mall, Bukit Mertajam ternyata turut menarik perhatian ramai. Berdasarkan kiraan, tidak kurang 300 jentera lama mengambil bahagian. Biarpun tampak lama, jangan buat main dengan enjinnya. Ada yang berharga dua lebih dua kali ke tiga kali ganda harga kereta.
Kami cukup kagum dengan semangat yang ditampilkan peserta dimana ada yang datang dari Selatan Tanah Air seperti Terengganu, Kelantan, Melaka dan sebagainya. Kehadiran mereka ini membuktikan jentera lama jika dijaga rapi baik enjin dan badannya pasti boleh dipandu jauh. Tidak hanya kereta malah kehadiran hampir 30 buah motosikal lama zaman Azura turut dipamerkan.
Selain itu pelbagai komponen alat ganti jentera juga boleh di dapati disini. Namun dalam banyak-banyak jentera yang dipamerkan, paling tertarik dengan sebuah Nissan Fair Lady Z280 berwarna hijau. Apa yang unik, jentera ini mengekalkan pemanduan kiri dan dipandu pemiliknya dari Manjung. Rupa bentuknya yang menawan ternyata menggamit ramai peminat jentera lama untuk melihat dan membelainya lebih dekat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live