Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Padu Mitsubishi XPANDER Versi Rali Ini! Juara Di Meikarta Sprint Rally 2020

Erywan
09/11/2020 07:53 MYT
Pelumba Indonesia, Rifat Sungkar berlumba menggunakan Mitsubishi XPANDER, berjaya merangkul gelaran juara keseluruhan pada acara Meikarta Sprint Rally 2020 di kawasan Meikarta, Cikarang, Jawa Barat, Indonsia baru-baru ini.

Rifat daripada XPANDER Rally Team (XRT) memandu Mitsubishi XPANDER AP4, yang mana kenderaan pelbagai guna (MPV) diubah suai menjadi sebuah jentera rali.


Mitsubishi XPANDER AP4, menguasai lima SS yang diadakan selama dua hari itu. Sejak hari pertama, pasangan pelumba Rifat Sungkar dan pembantunya, M Redwan menguasai perlumbaan dengan mampu mengatasi cabaran trek tanpa halangan.

Pada hari kedua, hujan lebat yang melanda kawasan Taman Pusat Meikarta menjadikan kereta mereka sedikit perlahan. Bagaimanapun, secara keseluruhan masa rekodnya tidak dapat dikejar oleh pelumba lain.


Pengurus XRT, Julian Johan berkata, pihaknya gembira dengan hasil yang diperoleh di Meikarta Sprint Rally dengan prestasi jentera sangat baik termasuk pasukan serta dua pelumbanya.

"Ini juga adalah bukti kehebatan Mitsubishi XPANDER AP4 yang kita kembangkan sejak tahun lalu," katanya.


Pada minggu lalu, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan harga bagi model XPANDER buat pasaran tempatan. Harga yang diumumkan MMM membabitkan mengikut kawasan:

Harga di atas adalah atas jalan tidak termasuk insurans. Pada masa sama, harga itu turut menerima pengecualian cukai jualan (SST). Sejak dibuka tempahan pada 22 Oktober lalu, MMM menerima 2,000 tempahan bagi model XPANDER berkenaan.

Klik link di bawah untuk membawa lebih lanjut

>> Mitsubishi XPANDER Dijual Pada Harga RM91,369 - Macam Mana, OK Tak?

Sumber oto.detik.com

#Mitsubishi
;