UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengumumkan Kempen Servis Khas untuk menukar pam bahan api bagi beberapa model keluaran Toyota dan Lexus.

Ini langkah yang terbaik UMWT untuk menjamin keselamatan kepada pengguna Toyota dan Lexus di Malaysia untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Berdasarkan maklumat yang diterima dari Toyota Motor Corporation, kira-kira 12,000 unit Toyota membabitkan Alphard, Camry, Corolla, Innova dan Fortuner.

Bagi Lexus pula, 1,500 kenderaan yang terbabit menerusi model GS300, GS350, IS300, LC500/500H, LS460, LS500/500H, LS600H, NX200T/300H, RC350/300H, RX350/450H dan RX350/450. Ia adalah membabitkan model keluaran pada tahun antara 2013 sehingga 2019.

Kenderaan yang terjejas akan menyebabkan pam bahan api berhenti beroperasi. Jika ia berlaku, lampu amaran dipaparkan pada panel instrumen dan kehilangan kuasa enjin mungkin berlaku.

Ini mungkin menyebabkan kenderaan dan tidak dapat dihidupkan. Senario ini boleh meningkatkan risiko kemalangan ketika memandu pada kelajuan yang lebih tinggi.

UMWT secara rasmi akan memaklumkan kepada pemilik kenderaan yang terjejasnya untuk mengemaskini unit pam bahan api tanpa caj. Walau bagaimanapun, kerja penggantian bergantung kepada model kereta.