Tidak kira jenama dan model, setiap kenderaan akan mengalami masalah berkaitan dengan sistem penyaman udara (AC), lebih-lebih lagi jika ia tidak pernah diselenggara.

Antara masalah paling kerap dihadapi oleh pemilik kenderaan adalah penyaman udara tidak sejuk ketika enjin dalam keadaan melahu.

Mari kita lihat empat sebab mengapa situasi ini berlaku:

1. Kipas kondensor rosak – Kipas pada bahagian kondensor adalah komponen pertama yang perlu diperiksa sekiranya kereta mengalami masalah ini. Periksa sambungan kipas itu bagi memastikan ia tidak longgar atau terkeluar dari slot.

2. Enjin terlalu panas – Apabila enjin mengalami ‘overheating’ dan kipas pada radiator serta kondensor tidak berfungsi dengan betul, sudah tentu sistem AC tidak dapat menyejukkan udara secara efektif.

3. Gas berkurangan – Apabila gas AC berkurangan atau berada di bawah tahap minimum, pemampat tidak akan dapat menyejukkan udara kecuali ketika kereta sedang bergerak. Ini boleh berlaku akibat kebocoran.

4. Bendasing – Bendasing yang masuk ke dalam kondensor atau menghalang pergerakan bilah kipas akan menyebabkan sistem AC tidak dapat beroperasi secara optimum.