Antarabangsa

Perlu Baring Untuk Pandu Nissan GT-R (X) 2050

gempak
Erywan
06/01/2021
00:27 MYT
Sponsor Banner
Perlu Baring Untuk Pandu Nissan GT-R (X) 2050
Semua pengeluar automotif pastinya memberi fokus kepada rancangan pembangunan kenderaan hijau sebagai produk masa depan, lebih-lebih lagi apabila semakin banyak negara mahu mengharamkan kenderaan berasaskan minyak petrol dan diesel.
Kumpulan pereka di Nissan juga sudah mengorak pendekatan ini dan boleh disaksikan dengan beberapa prototaip yang ditampilkan sebelum ini seperti crossover elektrik Ariya dan kereta sport Z Proto.
Kedua-dua model itu nampak masih realistik tetapi apa yang anda lihat di sini macam satu cerita dongeng atau fantasi. Ini ialah satu model konsep yang direka individu bernama Jaebum "JB" Choi dan dihasilkan pula oleh Nissan.
Khabarnya, JB ini ialah pereka muda di Nissan. Kereta konsep ini ditayangkan bersama oleh Timbalan Presiden Nissan Design America, David Woodhouse dan JB. Kereta ini dipanggil Nissan GT-R (X) 2050.
JB menghasilkan lakaran asal model konsep ini semasa masih menuntut di ArtCenter College of Design. Selepas itu, dia menjalani latihan amali di Nissan Design America dan pada ketika itu, Nissan memutuskan untuk membina model berskala penuh.
Kereta konsep dengan ukuran 10 kaki panjang dan 2 kaki tinggi itu seakan-akan 'superbike empat roda' berbanding supercar tradisional, kata Woodhouse.
Nissan GT-R (X) 2050 ini ada meminjam beberapa seni bina Nissan seperti V-Motion pada bahagian depan dan lampu belakang berbentuk bulat. Apa yang membezakan supercar ini dengan model lain ialah cara atau posisi kedudukannya.
Untuk pandu GT-R (X), pemandu perlu baring atas perut dengan kepala mereka ditempatkan di atas gandar depan. Kedua-dua tangan dan kaki pula masing-masing berhubung pada setiap roda. Seperti dalam posisi terbang.
Pemandu perlu memakai satu sut khas yang dilengkapi ciri sambungan otak-ke-kereta, satu daripada konsep masa hadapan yang pernah disebut-sebut Nissan. Cuma, apa yang pasti kereta konsep ini bukan akan ditawarkan dalam masa terdekat atau langsung tidak akan menemui anda di bilik pameran Nissan.
Selepas tamat sesi latihan amali di Nissan Design America pada awal tahun ini, Nissan yang kagum dengan konsep GT-R (X) mengambil peluang menggaji dia untuk bekerja sepenuh masa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024