Tempatan
Permintaan separuh tahun pertama Ford Ranger terus kukuh
Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) memperkukuhkan pegangan pasaran segmen trak pikap untuk separuh pertama 2019 dengan mencatatkan 17.2 peratus, kenaikan 1.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Pengarah Urusannya, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, jualan Ford Ranger meningkat dengan stabil kerana ia berjaya menarik minat ramai pelanggan yang mahukan kenderaan untuk kegunaan kerja dan juga santai.
“Kami yakin momentum penjualan Ford Ranger akan berterusan di Malaysia dan kami akan terus komited dalam usaha meningkatkan mutu khidmat pelanggan dan juga kualiti pengalaman pemilikan,” katanya.
Ford Ranger baru-baru ini, dinobatkan sebagai Trak Pikap Terbaik Malaysia 2019 di Frost & Sullivan Asia Pacific Best Practices Awards.
Ia membuktikan bahawa Ford Ranger sememangnya penanda aras industri bagi trak pikap, mengatasi pencabarnya yang lain.
Must-Watch Video