Perodua Ativa, model pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build, dilancarkan hari ini dengan harga rasmi antara RM61,500 hingga RM72,000, atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia.
Harga babit lebih rendah daripada harga tentatif RM62,500 hingga RM73,400 yang diumumkan sebelum ini, dan sah sehingga pengecualian cukai jualan kerajaan berakhir pada 30hb Jun nanti.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, harga Perodua Ativa yang berpatutan adalah disebabkan kadar kandungan komponen tempatan sebanyak 95%, kadar permulaan tertinggi bagi mana-mana model Perodua. Malah, enjin dan transmisinya juga dihasilkan di Malaysia.
Perodua Ativa dilancarkan secara rasmi oleh Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin menerusi premiere digital yang bermula pada 8 malam sebentar tadi.
“Setakat ini, kami menerima kira-kira 5,000 tempahan bagi Perodua Ativa sejak ianya dibuka untuk tempahan pada 19hb Februari lalu.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia di atas sokongan mereka. Penghantaran akan bermula esok (4hb Mac), dan kami mensasarkan untuk menghantar sebanyak 3,000 unit sebulan secara purata,” katanya.
Zainal turut menambah bahawa Perodua Ativa adalah hasil kerjasama pintar pertama antara Perodua dan rakan teknikal dan teknologinya, Daihatsu.
Menurutnya, pengenalan Perodua Ativa amat penting kerana ia membawa kerjasama antara Perodua dan Daihatsu ke tahap baharu, membolehkan Perodua dan para pembekalnya berkongsi komponen dan proses untuk memaksimumkan kecekapan kos.
Ativa adalah kenderaan cas turbo pertama Perodua, model pertama Perodua yang menggunakan Transmisi Boleh Laras Berterusan (CVT) dan model pertama Perodua yang memenuhi standard Pemanduan Autonomi Tahap 2, selain menjadi kenderaan paling mampu milik di Malaysia yang memenuhi standard tersebut.
Semua teknologi ini menyumbang kepada kecekapan bahan api sehingga 18.9 km/l, menjadikannya Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) kelima Perodua.
Bantuan Pemanduan Selamat (ASA*) 3.0 membuat kemunculan pertamanya pada Perodua Ativa, dan ianya terdapat pada semua varian buat julung kali. ASA 3.0 berfungsi pada kelajuan yang lebih tinggi (sehingga 120 km/j untuk kenderaan dan sehingga 60 km/j untuk pejalan kaki) berbanding sistem ASA 2.0 semasa, dan kini boleh mengesan kenderaan beroda dua serta berfungsi pada waktu malam.
Pada semua varian juga terdapat enam beg udara, lampu hadapan LED automatik dengan Auto High Beam dan Lane Departure Warning and Prevention. Varian H dan AV mempunyai Adaptive Driving Beam, paparan multi-info TFT tujuh-inci dan sistem infotainment skrin sesentuh sembilan-inci dengan voice recognition. Varian AV secara eksklusif mempunyai Lane Keep Control, Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Alert dan Adaptive Cruise Control.
Erywan
Wed Mar 03 2021

.jpg?ext=.jpg)
"Kurang Ajar & Memalukan!" - Ashraf Muslim Kesal Iklan Raya Promosi Judi Online, Gesa Kenakan Tindakan Tegas!
Tak menjaga sensitiviti agama Islam langsung!

“Selama Ni Bajet Macho” - Hilmi Mengamuk, Perangai Sebenar Bakal Terbongkar Dalam Projek: Anchor SPM Minggu Depan?
Dramatik betul episod minggu depan

"Janna Sedang Berehat Dari Media Sosial" - Dini Schatzmann
Saya belum dapat berjumpa dengan Janna.

“32 Tahun Dalam Dunia Seni... Pertama Kali Dapat Trofi, Mungkin Lakonan Abang Tak Menarik” - Roy Azman Syukur Ada Kenangan
Roy Azman boleh tahan hebat juga melawak tau.

“Bila Cakap Pasal Struggle Ibu Tunggal, Saya Akan Menangis…”- Farah Lee Akui Penat
Farah Lee Penat Jadi Ibu Tunggal

Lexus LM 350 - MPV Paling Mahal Di Malaysia, RM1.148 Juta Sahaja
MPV 4 tempat duduk yang betul-betul super mewah!

"Dia Pakai Bahan Dari Langit Mana" - Netizen Terkejut Ada Peniaga Ambil Kesempatan, Jual Rempeyek Dengan Harga RM100"
Setiap produk itu dijual bermula dengan harga RM100 sehingga mencecah RM500.

SITI Amalkan Diet Sihat Pada Bulan Puasa, Turun 14kg! Wanita Ini Kongsi Menu Bersahur dan Berbukanya.
Masa inilah yang terbaik kalau nak turunkan berat badan. Seronokkan, pahala dapat, kurus pun dapat. Baca perkongsian wanita ini yang beratnya dari 68kg, kini 54kg!

Abu Bakar Omar Meninggal Dunia
Takziah!

"Saya Terpengaruh Dengan..." - Amylea Perjelas Sebab Pakai Tudung
Satu usaha yang baik...