Antarabangsa
Perodua Sumbang 10,000 Pelindung Muka Buatan Sendiri Di Sekitar Hulu Selangor dan Selayang
Di sebalik pandemik COVID-19 yang masih berlangsung, Perodua memperluaskan inisiatif perlindungan awamnya dengan mengedarkan 10,000 lagi pelindung muka di daerah Hulu Selangor dan perbandaran Selayang.
Penerima di Hulu Selangor termasuk Pejabat Kesihatan Daerah, klinik-klinik komuniti dan pergigian, para penguatkuasa Jabatan Perlesenan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta para penjaja pasar pagi dan malam.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2019/sept/pelindung-muka-perodua-01.jpg)
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, sumbangan itu adalah tanda penghargaan kepada masyarakat yang menyokong dan menyambut baik Perodua selama 27 tahun bertapak di tempat berkenaan.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2019/sept/pelindung-muka-perodua-02_1.jpg)
“Sumbangan kami setakat ini telah mencecah 21,000 pelindung muka – kami berharap pelindung muka ini akan sentiasa dipakai oleh mereka yang bertugas dengan berani setiap hari untuk terus memberikan perkhidmatan, rawatan dan keperluan harian kepada kita semua,” katanya.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2019/sept/pelindung-muka-perodua-03.jpg)
Pelindung muka tersebut mempunyai bahagian pelindung tahan kabus yang diperbuat daripada polyethylene terephthalate untuk penglihatan yang optimum. Kusyen span pada bahagian dahi menghalang kemasukan titisan air manakala jalur elastik boleh dilaraskan untuk pemakaian yang selamat dan selesa.
Must-Watch Video