
Kehadiran Triumph Trident itu bakal bersaing dengan Honda CB 650 R, Yamaha MT-07 dan Kawasaki Z 650. Jentera
tiga silinder itu dikesan dalam bentuk penuh seolah sudah bersedia untuk pengeluaran. Namun soal mekanikal masih lagi disimpan rapi, namun dari gambar itu mendedahkan beberapa ciri motosikal terbabit.

Kerangka Triumph Trident direka semula yang memberi petanda naked terbabit bakal menggunakan
enjin 765cc tiga silinder yang dipinjamkan dari model Street Triple (2020). Kemungkinan ia bakal menghasilkan kuasa sekitar
95hp. Ia juga mungkin dilengkapi dengan mod tunggangan, kawalan traksi dan ABS serta
quickshifter.
Penggayaan badan lebih klasik menerusi
lampu bulat dan nombor plat diletakkan pada
swingarm. Bahagian rim pula bersaiz
17 inci lima jejari dengan saiz tayar 120/70 (depan) dan 180/55 (belakang).

Bar hendal sedikit pendek dan papan pemuka kelihatan lebih kecil. Triumph Trident (2021) menyasarkan kepada penunggang pemula. Berkemungkinan juga motosikal itu dibekalkan dengan komponen sederhana untuk tanda harga lebih rendah.