Pesara, Wong Ngai Chee,74, memenangi BMW Z4 sDrive30i M Sport iaitu hadiah utama peraduan X Marks The Future anjuran Quill Automobiles.

Dilancarkan pada Julai 2019, peraduan itu adalah inisiatif Quill Automobiles dalam meraikan pencapaian mereka dengan pemberian roadster klasik. Peraduan itu menarik perhatian ramai dengan 3,000 penyertaan sepanjang 6 bulan berlangsung bermula Julai 2019 hingga Januari 2020.

BMW Z4 yang bernilai RM479,800 itu baru sahaja dilancarkan tahun lalu dan ia adalah roadster premium yang boleh memecut 0-100km/j dengan hanya 5.4 saat.

Di tempat kedua pula dimenangi Millie Yap, membawa pulang set bagasi eksklusif berjenama TUMI bernilai RM2,690 dan ketiga, Angeline Kwan menerima makan malam di Le Petit Chef oleh Elements KL bernilai RM1,998.

Pengedar Utama Quill Automobiles, Alex Tang berkata, peraduan itu dilakukan untuk syarikatnya mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan pelanggan.

“Kami mahu pelanggan kami tahu bahawa setiap pembelian di Quill Automobiles adalah pengalaman yang memuaskan. Ia adalah suatu penghargaan buat kami untuk menghadiahkan para pelanggan yang sangat teruja untuk menang.” katanya.