Bagi meningkatkan keselamatan jalan raya, Petron Malaysia dengan kerjasama Honda Malaysia menawarkan pemeriksaan kereta 32-poin percuma buat pelbagai jenama kereta baru-baru ini.

Inisiatif itu berjaya memeriksa 1,100 kereta di empat stesen minyak Petron yang terletak di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu.



Ketua Keselamatan, Sekuriti, Kesihatan dan Alam Sekitar Petron Malaysia, Lokman Hani berkata, program itu diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pemeriksaan kenderaan sebelum mereka memulakan perjalanan di jalan raya.

“Dengan ini, kami berharap kemalangan jalan raya dapat dikurangkan terutamanya semasa musim perayaan,” katanya.

Petron bekerjasama dengan Honda Malaysia menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kereta secara percuma di stesen minyak Petron terpilih di negeri-negeri berkenaan.



Ia memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik adalah sangat penting. Pemeriksaan mudah boleh membantu mengelakkan kejadian yang tidak diingini dan menyelamatkan nyawa.

Tahun lalu, Petron telah menjalankan 20 pemeriksaan keselamatan kereta kepada lebih daripada 3,800 kereta di beberapa stesen Petron.