Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) mengumumkan operasi selepas jualan mereka akan kembali beroperasi di beberapa cawangan yang terpilih.

Ini adalah berikutan pernyataan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) baru-baru ini yang membenarkan perniagaan tertentu dibawah industri Automotif untuk kembali beroperasi.



Penyambungan semula operasi selepas jualan MODENAS akan tertakluk kepada prosedur pengendalian standard (SOP) pandemic Covid-19 yang sudah ditetapkan oleh MITI, termasuk waktu yang lebih singkat, kakitangan yang terhad serta mematuhi langkah-langkah pencegahan seperi penjarakan sosial dan pemantauan amalan kebersihan.

Pusat servis ini akan melayani pelanggan hanya dengan temu janj. Pelanggan boleh membuat temu janji secara dalam talian melalui http://bit.ly/mcobookaservice atau http://bit.ly/jomservis. Selain itu, para pelanggan juga boleh menghantar Mesej WhatsApp ke talian MODENAS Careline di 019-570 8135.



Pelanggan kemudiannya akan dihubungi oleh kakitangan cawangan untuk mengesahkan slot tarikh dan masa yang ada. Pusat-pusat servis ini hanya akan menerima temu janji berdasarkan asas layanan pertama.

Pendekatan itu diambil untuk mengehadkan jumlah pelanggan yang memasuki premis serta mempraktikkan jarak sosial yang selamat bagi setiap pelanggan dalam tempoh pandemik ini. Semua pelanggan akan diminta memakai penutup hidung dan mulut sebelum memasuki premis dan suhu badan mereka juga akan diperiksa.



Ia beroperasi pada Isnin dan Khamis sahaja bermula 20 April ini, iaitu dua kali seminggu sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 3 petang.

Pusat-pusat yang akan dibuka untuk perniagaan adalah seperti berikut: