Antarabangsa
PKP Fasa 2: Keluar ikut giliran nombor plat kenderaan di Terengganu bermula esok
Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Ke-2 akan dikuatkuasakan bermula 1 April 2020, Polis Terengganu memperketatkan lagi pergerakan kenderaan di atas jalan raya untuk kenderaan persendirian, dengan memperkenalkan Sistem Penggiliran Berasaskan Nombor Pendaftaran Kenderaan.
Mengikut sistem itu, angka terakhir nombor pendaftaran akan dijadikan panduan, sama ada nombor ganjil atau nombor genap.
Pada 1 April 2020, hanya kenderaan persendirian dengan angka nombor ganjil sahaja dibenarkan untuk bergerak bagi sebarang urusan, manakala yang bernombor genap akan dibenarkan bergerak seperti dalam gambar di bawah.
Jika didapati mana-mana kenderaan persendirian yang tidak dibenarkan bergerak ini melalui mana-mana sekatan, akan diarahkan kembali ke rumah masing-masing.
Pendekatan ini terpaksa dibuat bagi menghadkan jumlah kenderaan yang masih tinggi di atas jalanraya seolah-olah tidak menghiraukan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuatkuasakan, dan pelaksanaan arahan ini akan diteruskan sehingga arahan baru dikeluarkan.
KEMASKINI:
Bagaimanapun petang tadi, Facebook Polis Terengganu memaklumkan Sistem Penggiliran Nombor Pendaftaran Kenderaan yang dirancang oleh Polis Terengganu untuk dilaksanakan bermula esok, 1 April 2020 (Rabu) terpaksa ditangguhkan untuk kajian yang lebih terperinci.
Sumber Facebook Polis Terengganu
Must-Watch Video