Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd melanjutkan tempoh jaminan semua model kenderaan yang tamat tempoh dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Tempoh itu akan dilanjutkan selama 30 hari selepas tempoh PKP berakhir nanti.

Waranti sedia ada akan tetap sah, walaupun selang jadual penyelenggaraan tidak dapat dilakukan bagi tempoh PKP ini. Pelanggan disarankan supaya menjadualkan semula tempahan untuk melakukan servis dalam masa 30 hari selepas PKP berakhir, ia bagi memastikan jaminan kenderaan aktif.

Penjadualan semula untuk khidmat servis kenderaan boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih DriveOn, laman sesawang TCEAS dan membuat tempahan terus dengan Pusat Perkhidmatan TCEAS selepas PKP berakhir.

Bagi menampung pertambahan servis selepas PKP nanti, Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS) akan memanjangkan tempoh operasi dari 8.30 pagi sehingga 8 malam setiap Isnin sehingga Jumaat, manakala Ahad sehingga Khamis untuk Kelantan dan Terengganu.