Antarabangsa
Polester buka kilang pertamanya di China – Hasil 500 unit kenderaan setahun
Jenama kenderaan elektrik berprestasi, Polester membuka kilang pengeluarannya pertama selaras pertumbuhan syarikat yang semakin berkembang.
Polester juga turut menerima World Manufacturer Identifier, yang secara rasminya menjadi syarikat pengeluar tanpa terbabit dengan automotive lain.
Pusat Pengeluar Polestar itu terletak di Chengdu, China, yang menjadi penanda aras baharu dalam menghasilkan kenderaan elektrik (EV) dan ia akan menghasilkan model Polestar 1.
Kilang berkenaan akan menghasilkan kenderan untuk pasaran China serta global, pemilik pertama yang bakal menerima kenderaan mereka dijangka sebelum hujung tahun ini.
Polester 1 adalah kenderaan elektrik yang mampu menyalurkan 600hp dengan tork setinggi 1,000Nm. Ia menjadi model premium segmen tenaga baharu dihasilkan di China yang menjadi pasaran EV terbesar di dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif Polester, Thomas Ingenlath berkata, pihaknya bukan sahaja menghasilkan kenderaan berpretasi elektrik-hibrid premium, tetapi juga mencipta inspirasi persekitaran kilang yang terbaik untuk bekerja dan dikunjungi.
“Kami berjanji bahawa produksi bakal bermula tahun ini dan pemilik bakal menerima kenderaan masing-masing pada 2019," katanya
Kilang itu dijangka akan membina 500 unit Polester 1 dalam tempoh setahun, selain unit pengeluaran terawal daripada kilang itu sudah pun habis dijual. Bagi Polester 2, ia akan dihasilkan pada awal 2020.
Must-Watch Video