Polis Dubai boleh dianggap sebagai polis selebriti dunia jika anda melihat pada barisan aset jentera penguatkuasaannya.

Hampir semua jenis kereta supercar dan mewah berprestasi ada dalam pemilikan pasukan beruniform ibu kota Emiriyah Arab Bersatu itu.

Antara model dimiliki sudah semestinya daripada Aston Martin, Audi, BMW, Nissan, Ferrari, Lamborghini, Bentley, Rolls-Royce dan pelbagai lagi jenama tersohor.

Terbaharu, Polis Dubai menerusi akaun Twitter mereka memberi bayangan sebuah trak elektrik Tesla Cybertruck. Perkongsian gambar itu menunjukkan trak futuristik itu sudah dihiasi pelekat Polis Dubai berwarna hijau putih.

Baca juga artikel berkaitan:
>> Tesla Cybertruck dengan rekaan pelik, masih menerima tempahan 146,000 unit kurang 48 jam

Khabarnya, mereka mahu menggunakan trak yang menjadi sebutan ramai itu untuk tujuan rondaan di kawasan tumpuan utama pelancong. Cybertruck milik Tesla mencuri tumpuan hingga ia berjaya menerima tempahan awal lebih 250,000 unit.

Bagaimanapun, kiriman kepada pelanggan dijangka hanya akan bermula dalam tempoh dua tahun lagi.

Adalah tidak mustahil jika badan penguatkuasaan Dubai itu menerima trak Tesla lebih awal kerana ia boleh dilihat sebagai satu promosi tambahan kepada pihak pengeluar.