Tempatan

Porsche Taycan Cross Turismo, Ada 3 Varian Harga Bermula RM645,209

Erywan
15/10/2021
01:39 MYT
Sime Darby Auto Performance (SDAP) memperkenalkan varian terbaharu buat kereta elektriknya menerusi Porsche Taycan Cross Turismo ke pasaran tempatan.
Taycan Cross Turismo yang menjadi model Cross Utility Vehicle (CUV) pertama Porsche dengan menggunakan ciri teknologi inovatif 800-Volt yang berkeupayaan untuk pengecasan pantas, jarak pemanduan yang jauh serta memiliki ruang kabin luas.
Penggunaan casis berteknologi tinggi dengan dijana pacuan semua roda serta suspensi udara adaptif memberi pemanduan dinamik di laluan ‘off-road’.
Sistem suspensi udara adaptif itu membuatkan ia lebih 20mm berbanding salon Taycan. Dengan pakej Offroad Design, jarak kelegaan tanah dinaikkan sehingga 30mm.
Turut dilengkapi mod pemanduan Gravel dengan berfungsi untuk menguruskan aspek agihan kuasa tork dan talaan chasis yang lain.
Elemen rekaan off-road diserlahkan menerusi kemasan pada arca roda dan apron bahagian bawah bampar hadapan.
Pakej Offroad Design turut hadir dengan flap pada bucu bampar hadapan dan belakang untuk melindungi daripada impak serpihan batu.
Pada masa sama, ia juga mempunyai ruang kepala 47mm lebih luas bagi penumpang belakang, selain memiliki keluarsan kargo sejumlah 1,200 liter sekiranya tempat duduk belakang dilipat rata.
Harga Taycan Cross Turismo adalah seperti berikut:
  • Taycan 4 Cross Turismo bermula RM645,209
  • Taycan 4S Cross Turismo bermula RM728,727
  • Taycan Turbo Cross Turismo bermula RM968,928
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Nusantara

Sule Jual Semua Kereta Mewah Dari Mustang Hingga Porsche, Sekarang Pakai Innova

gempak
14/05/2024
14:55 MYT
Namun Sule mengaku sudah menjual kesemua kenderaan mewahnya.
Laman Utama

Harga Lembu Jantan Ini Lebih Mahal Dari Kereta Porsche Taycan, Pemilik Kata: “Ia Miliki Daya Tarik Seksual”

gempak
30/09/2022
12:43 MYT
Andrew Bassingthwaighte mengatakan lembu jantan dari jenis Gertrudis itu telah laku terjual dengan nilai sebesar A$250,000 atau bersamaan RM1.161 juta!
Laman Utama

“Allah Telah Makbulkan…”- Zara Zya Miliki Porsche Bernilai Lebih Setengah Juta

gempak
02/03/2022
09:47 MYT
Wah bestnya kereta Zara Zya
drebar

Porsche 911 Carrera 3.0 RSR IROC Pernah Dimiliki Pablo Escobar Ini, Bakal Dijual Lebih RM3.55 Juta

gempak
07/10/2021
03:54 MYT
Jentera itu dijual secara bidaan yang mana proses itu bakal tamat kurang daripada 24 jam.
Laman Utama

"Dari Proton Wira Sekarang Porsche" - Berkat Doa Ibu, Mas Khan Beli Kereta Mewah Harga ...

gempak
18/08/2021
13:45 MYT
Fullamak! Tahniah Mas Khan!