Antarabangsa

PROTON Terokai Pasaran Kenya, Pasang Kereta CKD Di Sana

gempak
Erywan
25/08/2020
04:49 MYT
Sponsor Banner
PROTON Terokai Pasaran Kenya, Pasang Kereta CKD Di Sana
PROTON menambah satu nama baru dalam senarai negara eksport apabila menghantar kereta Proton ke Kenya untuk kali pertama baru-baru ini.
Sebanyak 30 buah Proton Saga dihantar secara CKD (pemasagan tempatan) dan akan dipasang oleh Syarikat Simba, sebuah konglomerat pelbagai perniagaan yang mempunyai sejarah panjang dalam penjualan dan pengalaman pemasangan di industry automotif.
PROTON membuat keputusan untuk mengeksport Saga secara CKD selepas perundingan terperinci bersama rakan kongsi di Kenya, Simba.
Selain daripada kenderaan pemasangan tempatan membayar cukai yang lebih rendah, unit CKD juga dijangka akan mendorong pembangunan industri pembuatan automotif Kenya.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Radzaif Mohamed berkata, pihaknya akan tetap mengukuhkan kedudukan domestik, selain mahu mahu dikenali sebagai pembuat kenderaan antarabangsa.
“Oleh demikian, produk kami perlu berada di bandar lain seperti Bangkok, Islamabad, Cairo dan kini, Nairobi.
“Di peringkat negara, usaha ini akan meningkatkan nilai perdagangan antara Malaysia dan Kenya, and juga menyumbang kepada peningkatan peluang pekerjaan di industri automotif Kenya,” katanya.
Hadir sama pada majlis pelepasan itu adalah Pesuruhjaya Tinggi Kenya ke Malaysia, Francis N. Muhoro.
Sementara itu, Muhoro berkata, Malaysia dan Kenya kongsi banyak persamaan, dari tanah jajahan ke usaha untuk membangunkan negara masing-masing.
“PROTON bukan saja menjejak ke negara dengan populasi 51 juta orang, tetapi juga pintu masuk ke benua Afrika yang mempunyai pasaran berpotensi sebanyak 1.3 bilion orang.
“Oleh itu, saya berharap ini menjadi permulaan kepada lebih banyak perdagangan antara dua negara,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live