Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia meluaskan rangkaian Pusat 3S baharu di Sitiawan, Perak, baru-baru ini.

Pusat 3S yang dikendalikan Lofty Ambition Sdn Bhd itu adalah bilik pamerannya yang ketiga selepas di Ipoh dan Taiping.

Menariknya outlet Lofty Ambition itu, ia adalah bilik pameran pertama di utara yang menggunakan jenama korporat baharu Mitsubishi dengan slogan ‘Drive Your Ambition’.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata, Mitsubishi Motors dan Lofty Ambition sudah menjalani rakan perniagaan sejak 2014.

“Dalam masa singkat, Lofty Ambition mampu berkembang dan mengukuhkan jenama Mitsubishi di Perak dan kami gembira untuk menyambut pembukaan bilik pameran mereka yang ketiga,” katanya.

Pusat 3S itu dilengkapi dengan ruang menunggu, alat diagnostik dan Peralatan Set Khas (SST) untuk kenderaan Mitsubishi.

Ia terletak di No. 1, Jalan Medan Serdang 1, Medan Serdang, 32000 Sitiawan, Perak.