Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) kini menambah hari operasi untuk pusat-pusat servis sah MODENAS yang terpilih daripada 2 hari kepada 4 hari seminggu, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan oleh Kerajaan baru-baru ini.

Penyambungan semula operasi selepas jualan MODENAS akan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) pandemik Covid-19 yang ditetapkan oleh MITI, termasuk waktu yang lebih singkat, kakitangan yang terhad serta mematuhi langkah-langkah pencegahan seperi penjarakan sosial dan pemantauan amalan kebersihan setiap masa.



Di bawah ini disenaraikan pusat-pusat servis yang akan dibuka Isnin sehingga Jumaat dari 10 pagi sehingga 3 petang:

Pusat-pusat servis itu akan terus melayani pelanggan hanya dengan temu janj. Para pelanggan MODENAS boleh membuat temu janji secara dalam talian melalui http://bit.ly/mcobookaservice atau http://bit.ly/jomservis. Selain itu, pelanggan boleh menghantar Mesej WhatsApp ke talian MODENAS Careline di 019-570 8135.

Pelanggan kemudiannya akan dihubungi oleh kakitangan cawangan untuk mengesahkan slot tarikh dan masa yang ada. Pusat-pusat servis ini hanya akan menerima temu janji berdasarkan asas layanan pertama.



Pendekatan ini diambil untuk mengehadkan jumlah pelanggan yang memasuki premis serta mempraktikkan jarak sosial yang selamat bagi setiap pelanggan dalam tempoh pandemik ini. Semua pelanggan akan diminta memakai penutup hidung dan mulut sebelum memasuki premis dan suhu badan mereka juga akan diperiksa.

Dalam masa yang sama, ketersediaan alat ganti motosikal Modenas juga telah diatasi. MODENAS juga kini sudah memulakan operasi untuk perniagaan alat ganti untuk menyokong rangkaian stokis. Pelanggan MODENAS kini boleh membeli alat ganti mereka dari Pusat Perkhidmatan MODENAS atau di mana-mana stokis terpilih.