HIBURAN
Azza Elite Puji Lakonan Syafiq Kyle - “Dia Memang Patut...”
Pelakon dan penyanyi, Azza Elite memuji bakat lakonan aktor, Syafiq Kyle yang menurutnya semakin menyerlah.
Menerusi satu hantaran ringkas di platform Threads, Azza meluahkan rasa kagum terhadap mutu lakonan aktor berusia 32 tahun itu.
Hantaran tersebut segera mencuri perhatian peminat di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan pendapat yang dikongsikan oleh Azza.
“Bagi la Syafiq Kyle ni anugerah! Bagus gila dia berlakon.
“Tak boleh nafikan dia memang patut menang,” tulisnya ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata
“Saya suka lakonan dia.
"Syafiq kyle tak banyak menang award kan.
"Sapik best actor film, Zahiril Adzim best actor drama. 2 pelakon yg mmg betul2 berbakat.
“Betul kak, saya pun suka tengok lakonan dia. Lagi-lagi dalam filem Sheriff.
“Betul . Uzmaa minat tgk dia berlakon. Antara artis lelaki pandai berlakon bg uzmaa ada 3org Aaron Aziz, Fizz fairus dan Syafiq Kyle,” tulis komen.
Syafiq Kyle juga melakar sejarah apabila namanya dipilih untuk menerima Anugerah FPA Asia Pacific Rising Star sempena Festival Filem Asia Pasifik (APFF) ke-62 yang bakal berlangsung dari 29 November hingga 6 Disember depan.
Menurut Setiausaha Agung Persekutuan Penerbit Filem di Asia Pasifik (FPA), Pansha pemilihan Syafiq adalah hasil penilaian sebulat suara jawatankuasa kecil penganjur berdasarkan prestasi cemerlangnya dalam industri perfileman tanah air.
Must-Watch Video