Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memulakan bulan Mac dengan penjimatan ke atas rangkaian model Passat dan tawaran alat ganti baharu ke dalam Repair Packages (Pakej Pembaikan).
Tawaran ke atas Passat Elegance dan Passat R-Line sudah dilanjutkan. Pelanggan kini akan menikmati insurans percuma selama setahun bernilai RM5,500 dan rebat petrol percuma juga selama setahun bernilai RM2,500.
Mereka yang membuat tempahan menerusi Volkswagen eShowroom akan menikmati rebat dalam talian tambahan sebanyak RM3,500 sekali gus boleh berjimat sehingga RM11,500.
Passat Elegance dan model lebih sporty, Passat R-Line didatangkan dengan enjin 2.0TSI turbo yang dipadankan bersama kotak gear klac basah direct shift (DSG). Ia mampu menghasilkan kuasa mencecah 190PS dan tork 320Nm.
Varian tertinggi Passat R-Line juga dilengkapi Dynamic Chassis Control (DCC) dan ciri-ciri canggih lain untuk pengalaman pemanduan yang dinamik. Dengan pengecualian cukai, Elegance ditawarkan pada harga RM181,856 dan harga R-Line pula ialah RM203,411.
Pemilik kenderaan Volkswagen berusia lebih lima tahun boleh terus memanfaatkan tawaran istimewa Repair Packages membabitkan penyerap hentak hadapan dan belakang, cakera brek hadapan dan belakang, roda penggalas depan belakang serta tali sawat pemasaan mulai bulan ini.
Alat ganti dan kos buruh ke atas model-model tertentu hadir dengan diskaun sebanyak 30 peratus dan jaminan selama dua tahun untuk memberi ketenangan minda kepada anda.
Sebagai jaminan tambahan, hanya alat ganti 100% tulen Volkswagen sahaja yang akan digunakan. Manakala komponen-komponen yang relevan seperti nat dan bolt akan diganti sebagai sebahagian daripada kos bagi memastikan prestasi serta keselamatan yang lebih baik.
Untuk layak, pemilik kenderaan Volkswagen perlu memuat turun aplikasi mudah alih Volkswagen Cares. Mereka kemudian perlu menunjukkan e-baucar yang diterima di mana-mana pusat servis sah Volkswagen.
Pemilik boleh menempah temu janji servis mereka secara dalam talian menerusi komputer atau peranti pintar. Mereka boleh memilih pengedar, tarikh dan masa yang diingini dengan cara memberikan perincian kenderaan masing-masing.
Perkhidmatan pengambilan dan penghantaran secara percuma juga ada disediakan berdasarkan kepada permintaan. Maklumat lanjut, sila layari laman web www.volkswagen.com.my
Erywan
Mon Mar 01 2021
Datin Patimah Akui Kembali Gembira Tahun Ini - “Alhamdulillah, Saya Lebih Sihat…”
Isteri kepada pengarah Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail mengakui kesihatannya bertambah baik sepanjang melalui bulan Ramadan pada tahun ini.
Farez Adnan Nafi Ciplak Lagu Raya Aliff Syukri – “Saya Bayar Lebih Daripada Datuk”
Kecoh baru-baru ini mengenai kes lagu raya usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa telah diciplak oleh penyanyi dan komposer lain.
Aliff Syukri Tak Puas Hati Penyanyi Lain Ciplak Lagu Raya? – “Orang Tetap Nak Dengar Suara Saya”
Usahawan sensasi, Dato Aliff Syukri meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa seorang penyanyi lain telah mencuri lagu raya nya yang berjudul Chu Ku Chuk Raya.
Firdaus Wong Lapor Polis Ugutan Bunuh, Pukul & Fitnah
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat enam laporan setelah menerima ugutan bunuh, pukul dan fitnah melibatkan dirinya serta keluarga di Balai Polis Wangsa Maju pada Rabu.
Muat Naik Gambar Di Gunung Kinabalu, Instagram Lee Min Ki Dibanjiri Komen Peminat Tempatan
Pelakon popular Korea Selatan, Lee Min Ki mengejut peminat apabila memuat naik beberapa keping gambar ketika berada di Gunung Kinabalu, Sabah.
Suami Sandra Dewi Kena Tangkap Kes Rasuah, Netizen Ungkit Kahwin Di Disneyland & Beri Anak Jet Peribadi
Harvey Moeis ditahan atas dakwaan menerima rasuah dengan nilai mencecah trilion rupiah dalam urusan perniagaan terkait perlombongan biji timah yang merugikan negara.
“Saya Tak Benarkan Diana Buat Bariatrik” - Farid Kamil
Farid percaya kurus secara semulajadi.
Anggap Wajah Asyik Jadi Duta Produk Sebagai Rezeki, Dato Fazley Tampil Dengan Koleksi Wangian Bau Pastri!
Hasil kerjasama dengan syarikat bumiputera tempatan ENKÉ Malaysia, cef selebriti Dato Fazley Yaakob telah memperkenalkan koleksi wangian terbaharu, Pâtissier Pure Parfum, yang dillhamkan dari kemahiran dan seni 'pâtissiers'
Uniknya Kempen Raya Converse Malaysia x Monkiddo! Ada Sampul Duit Raya & Filter AR Kad Raya
Converse Malaysia dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan Monkiddo
Alif Satar Nafi Menunjuk-Nunjuk Buat Kebaikan, Syukur #GengSubuhMacamJumaat Diterima Baik! - "Saya Nak Semua Bersatu"
Selebriti versatil, Alif Satar bersyukur kempen solat berjemaah, #GengSubuhMacamJumaat diterima baik dan mendapat sambutan yang hebat dari pelbagai usia.