Antarabangsa

Renault Arkana segmen SUV Coupe baharu, cantik betul!

Erywan
17/06/2019
05:09 MYT
Renault memperkenalkan model terbaru yang dikenali sebagai Arkana, sekali gus menandakan kemasukannya ke dalam segmen SUV Coupe.
Dipasang di Moscow, Arkana akan dijual di pasaran Rusia bermula musim panas tahun ini dan akan diikuti dengan pasaran-pasaran lain kemudian.
Dari segi reka bentuk, model versi pengeluaran ini tidak jauh berbeza dengan versi konsep yang diperkenalkan pada tahun lalu. Antara perubahan yang boleh dilihat adalah bentuk cermin sisi serta ketiadaan muncung ekzos berkembar seperti pada model konsep. Arkana akan memasuki pasaran dengan tujuh pilihan warna dan tiga tahap kemasan, serta rim bersaiz 17 inci.
Bahagian dalaman pula tampil kemas dengan kehadiran skrin sentuh berukuran 8 inci pada bahagian konsol tengah. Skrin itu dioperasikan oleh sistem multimedia Easy Link yang menyokong ciri Android Auto, Apple CarPlay dan Yandex Auto. Turut disertakan adalah teknologi Multi Sense yang memberikan pemandu tiga pilihan mod pemanduan (Eco, Sport dan My Sense) dan lapan pilihan warna ambien. Sistem audio pula adalah daripada jenama Bose.
Sesuai dengan keadaan cuaca di Rusia, Arkana turut didatangkan dengan ciri pemanas pada stereng dan tempat duduk hadapan. Tempat duduk belakang boleh dilipat bagi mendapatkan ruang bagasi maksimum berukuran 1,333 liter. Arkana menampilkan enjin TCe 150 yang dipadankan dengan kotak gear X-tronic dan sistem pacuan All Mode 4X4-i. Gabungan ini menghasilkan 150hp dan 250Nm dengan penggunaan bahan api sebanyak 7l/100km.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Nissan X-Trail Talaan IMPUL Tampak Sporty Dan Pengendalian Lebih Baik

gempak
06/07/2020
01:01 MYT
Hadir aerokit lengkap IMPUL dengan Spoiler Bampar Aero Hadapan dan Belakang Dua Tona.
drebar

Volkswagen Tiguan Facelift Tampil Gaya Baru Dan Teknologi Terkini

gempak
02/07/2020
03:04 MYT
Ia juga ditawarkan dengan varian R yang menyalurkan 315hp.
drebar

Toyota RAV4 PHEV Pasaran Jepun - Ada Output 306PS dan boleh pecut 0-100km/j hanya 6 saat!

gempak
19/06/2020
02:51 MYT
Prestasinya setanding sesetengah ‘hot hatch’ keluaran jenama Eropah.
drebar

BMW X5 xDrive45e M Sport Versi CKD Dijual Bermula RM440,745

gempak
18/06/2020
07:05 MYT
Sebagai opsyen tambahan, BMW X5 xDrive45e M Sport boleh dinaik taraf dengan menggunakan alat dan aksesori tulen BMW M Performance.
drebar

Proton X70 - Sebuah SUV yang hebat

gempak
03/12/2019
08:53 MYT
Model X70 menerima sambutan yang baik ketika ia mula diperkenalkan pada Disember 2018.