Antarabangsa

Renault Terajui Transformasi Digital Automotif di Malaysia, Umum Kemas Kini Tawaran Langganan Dan E-Store

gempak
Erywan
27/04/2020
08:26 MYT
Sponsor Banner
Renault Terajui Transformasi Digital Automotif di Malaysia, Umum Kemas Kini Tawaran Langganan Dan E-Store
TC Euro Cars (TCEC) pengedar tunggal kenderaan Renault di Malaysia, mengemaskini tawaran Renault Subscription dan E-Store untuk mengukuhkan lagi posisinya selaku peneraju digital dalam industri automotif tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wong Hoe Mun berkata, dunia sudah banyak berubah dalam zaman digital ini, ia mengubah cara bekerja, bermain, tingkah-laku dan ekspektasi pelanggan.
Menurutnya, transformasi digital kini penting buat perniagaan dan jenama untuk kekal relevan dalam persekitaran yang semakin kompetitif.
“Untuk kekal berada di hadapan, kami di TCEC memulakan transformasi sejak tahun lalu. Dengan penularan wabak COVID-19 dan waktu PKP sekarang, penggunaan digital semakin berkembang dan kami percaya berada di landasan tepat ke arah peniagaan yang lebih mapan pada masa depan.
“Kami berbangga kerana tiada tawaran lain dalam industri yang lebih canggih daripada Renault Subscription dan Renault E-Store, sekali gus apa yang diubah suai ini akan dapat menarik minat pelanggan,” katanya kepada media tempatan melalui video maya secara langsung.
Berikutan itu, ini ciri baharu yang diperkemaskini bagi Pelan Renault Subscription Trial dan Pelan Renault Subscription Fixed dan Switch.
Pelan Renault Subscription Trial
TCEC kini mengembangkan Renault Subscription Trial Plan ke semua bilik pameran Renault di seluruh negara. Ia adalah satu pelan mampu milik yang menawarkan Captur pada harga RM399 seminggu.
Lebih penting lagi, pelanggan kini boleh mendaftar sebanyak mungkin berbanding hanya sekali sahaja sebelum ini. Berharap langkah itu dapat membantu pelanggan yang bajet mereka terjejas akibat PKP atau tidak mahu melakukan komitmen jangka panjang ketika situasi tidak menentu ini.
Pelan Renault Subscription Fixed dan Switch
Pelan Renault Subscription Fixed dan Switch Plans juga sudah diubah untuk memenuhi keperluan serta kehendak pelanggan.
Bagi mengimbangkan aspek kemampuan dan keyakinan pelanggan, Pelan Fixed kini menawarkan pelan tiga tahun untuk model Captur dan Koleos. Sebelum ini, pelan langganan selama tiga tahun ditawarkan untuk Megane R.S. 280 Cup sahaja.
Ketika semua kadar bulanan di bawah Pelan Fixed masih merangkumi cukai jalan, insurans, kos servis biasa dan had perbatuan tahunan sehingga 20,000km, kemas kini baharu ini membolehkan pelanggan menambah jarak sejauh 40,000km berbanding 30,000km sebelum ini.
Pada masa sama, Pelan Switch Base kini menawarkan Captur Trophy pada kadar RM1,999 sebulan dan Switch Prime menyediakan Koleos pada harga RM3,199 sebulan.
Menerusi Pelan Prime baharu itu, pelanggan diberi akses kepada kenderaan keluarga itu selama dua bulan. Kedua-dua Pelan Switch terus menawarkan kos penuh dan fleksibiliti tanpa had perbatuan, perlindungan wear and tear serta pilihan untuk membuat pembatalan tanpa sebarang penalti.
Tawaran eksklusif yang menarik melalui Renault E-Store
Pelancaran Renault E-Store pada awal tahun ini membolehkan pasukan jualan memberi pengalaman yang konsisten dan menawarkan segala penjimatan kepada pelanggan.
Justeru, pelanggan yang membeli kenderaan Renault baharu menerusi E-Store bermula 20 April hingga 31 Mei 2020 boleh berjimat lebih banyak dengan rebat persamaan dengan bayaran bulanan enam bulan.
Tawaran eksklusif lain turut ditawarkan kepada pelanggan baharu termasuklah servis percuma selama lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000km dan ganjaran trade-in bernilai sehingga RM8,000.
Sebagai tambahan, pelanggan yang memilih untuk melanggan sebuah kenderaan Renault sama ada melalui pelan Fixed atau Switch akan menikmati langganan percuma selama sebulan. Pelanggan yang memilih rancangan Pre-Owned Captur Subscription akan terus menikmati potongan 50 peratus dari enam bulan pertama dari yuran langganan mereka.
Sokongan perkhidmatan yang terbaik
Memandangkan ramai pelanggan mungkin mahu menyimpan kenderaan dalam tempoh yang lebih lama, TCEC faham bahawa mereka mahukan sokongan dalam menyelenggara kereta berkenaan. Jadi, syarikat fokus dalam menawarkan Easy Life membabitkan:
  • Proses pembelian atau langganan menyeluruh yang mudah secara dalam talian di E-Store, daripada menyusun sesi pandu uji sehinggalah mengambil kenderaan
  • Perkhidmatan pintu-ke-pintu di mana pelanggan boleh memohon penghantaran kenderaan yang dibeli atau dilanggan. Selain perkhidmatan ambil dan pulang kenderaan yang diservis, melalui tempahan di Renault E-Store (di Lembah Klang)
  • Promosi diskaun sebanyak 25 peratus ke atas setiap tayar, termasuklah penjajaran percuma dan potongan lebih 10 peratus untuk bateri
  • Lanjutan jaminan ke atas pelanggan yang memerlukan masa tembahan bagi memenuhi keperluan servis. Tempoh operasi pusat servis dilanjutkan sebaik sahaja PKP tamat
Bakal lancar aplikasi untuk memudahkan pelanggan mengurusan kenderaan mereka
TCEC juga bakal melancarkan satu aplikasi mudah alih yang membolehkan pelanggan Renault Subscription menguruskan kenderaan mereka. Fungsi-fungsi utama merangkumi pengesanan lokasi, sejarah perjalanan, panggilan kecemasan, kunci dan buka.
Pelancaran aplikasi itu dijadual bermula pada Jun depan dan fungsi penuhnya akan dikongsi dengan semua apabila tarikh pelancarannya semakin hampir. Maklumat lanjut mengenai Renault di Malaysia, sila layari laman web www.renault.com.my.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live