Rolls-Royce Phantom guna perhiasan burung hantu emas bertahta berlian
Erywan
27/11/2019 02:24 MYT
27/11/2019 02:24 MYT
Bagi artis luar negara, mereka sebenarnya mempunyai cita rasa yang unik termasuklah bagi membina atau melakukan modifikasi terhadap kenderaan masing-masing.
Seperti penyanyi rap, Drake atau nama sebenarnya sebenarnya Aubrey Drake Graham menghasilkan sesuatu yang luar biasa terhadap kereta mewahnya iaitu Rolls-Royce.
Apa yang luar biasa itu adalah patung kecil berada di bahagian bonet hadapan dengan menukar bentuk burung hantu. Ia bukannya burung hantu yang biasa, perhiasan itu diperbuat daripada emas dan mata patung berkenaan diletak dengan berlian. Ia direka oleh Tony Bet iaitu pereka pribadi Drake.
Bentuk burung hantu menjadi lambang label syarikat rekodnya, OVO Sound. Jadi pemilihan burung hantu tidak semata-mata atau rawak kerana mahu membuatkan ia menjadi unik.
Rolls-Royce Phantom itu menerima sentuhan daripada syarikat Mansory dengan dikenakan cat dua tona berasaskan buah Bushukan. Seperti yang dikatakan sebelum ini, bahagian badan burung hantu terbuat dari emas. Biarpun mata diletak dengan berlian, ia juga ditulis nama Drake.
Buat masa ini, harga patung itu masih lagi rahsia, tetapi ada yang menganggarkan harganya melebihi harga Rolls-Royce Phantom itu sendiri.
Dari segi prestasinnya, ia turut menerima beberapa penambahbaikan komponen seperti unit kawalan serta padanan sistem ekzos sport. Enjin V12 biturbo itu menyalurkan 610hp pada 5,100rpm dengan tork mencecah 950Nm pada 1,750rpm.