Tempatan

Rotobox Perkenal Rim Bullet, Harga Bermula RM19,000

gempak
Erywan
25/03/2021
07:04 MYT
Sponsor Banner
Rotobox Perkenal Rim Bullet, Harga Bermula RM19,000
Pengeluar rim Rotobox asal Slovenia memperkenalkan produk generasi terbaru Bullet yang mana harganya setaraf dengan sebuah jentera 250cc di Jepun.
Rotobox Bullet dengan warna hitam karbon doff tersebut menggunakan material campuran gentian karbon, aluminium dan magnesium.
Misalnya pada bahagian palang Rotobox memilih material magnesium agar strukturnya lebih kuat dan tapaknya pula menggunakan karbon kering yang kukuh serta ringan. Kemudian ia dibungkus dengan gentian karbon kevlar.
Kerana itulah harga produk terbabit bukan murah. Bahkan pada bahagian hub, Rotobox menggunakan aluminium (kod A7075-T6) kerana sektor itu boleh menahan tekanan beban besar ketika motor bergerak.
Semua material digunakan dengan ketepatan tingkat tinggi yang memfokuskan ketahanan dan berat lebih ringan supaya motosikal mendapat kuasa terbaik apabila menggunakan Rotobox Bullet.Rim itu juga sudah lulus sijil JASO T203-85 JWL dan DotE.
Rotobox Bullet sebenarnya sudah dilancarkan sejak 2019 dan kini ditawarkan dengan pilihan hitam doff yang dijual pada harga Yen 495,000 (RM18,841). Ia sepadan bagi beberapa motosikal Jepun seperti Suzuki Hayabusa, Kawasaki ZX14R, Z900RS dan Yamaha XSR900.
Sementara untuk motosikal Eropah seperti MV Agusta dijual lebih mahal iaitu Yen 518,000 (RM19,717). Pasaran Jepun ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu karbon berkilat atau hitam doff yang mana doff sedikit lebih mahal sekitar Yen18,000 (RM685).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024