Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

SDAC-Ford Sediakan Pilihan Khidmat Penghantaran Kenderaan Pandu Uji ke Rumah atau Pejabat

Erywan
26/06/2020 04:02 MYT
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia terus memantapkan khidmat kepada pelanggannya dengan menyediakan pilihan Khidmat Pandu Uji Ford ke rumah atau pejabat.

Selepas ini, pelanggan yang berhasrat memiliki kenderaan Ford berpeluang memandu uji kenderaan yang dihantar ke rumah tanpa perlu datang ke premis wakil penjual. Perkhidmatan itu ditawarkan dalam lingkungan jarak 10km dengan wakil pengedar terdekat.

Untuk mengurus penghantaran pandu uji itu, pelanggan boleh menghubungi wakil pengedar terdekat, menghantar permohonan pandu uji secara dalam talian via laman web SDAC-Ford atau dengan menghantar pesanan kepada Jurujual Digital Ford di talian WhatsApp 019 204 1200.

Namun, langkah-langkah berwaspada akan diamalkan oleh perunding jualan ketika penghantaran kenderaan, termasuk memakai topeng muka, mencatat suhu badan, mensanitasi kenderaan yang diuji dan duduk di bahagian belakang kenderaan sebagai mematuhi peraturan penjarakan sosial.


#Ford #Ranger
;